Misteri Email Ghaib
November 26, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Apakhabar anda semua? Semoga ceria,ceria dan terus ceria.
Alhamdulillah, produk terbaru saya Pakej Video Teknik Youtube telah selamat dilancarkan 2 hari yang lepas. Sambutannya amatlah menggalakkan sehingga tak menang tangan nak melayan pertanyaan dan pesanan.
Sebenarnya saya agak kepenatan untuk menulis tetapi misteri ‘email ghaib’ yang dialami oleh salah seorang pembeli Pakej Video saya semalam membuatkan saya teruja untuk berkongsi kisah tersebut dengan anda semua.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada sdr.Suhaimi kerana telah berjaya membuat ‘ice breaker’ di dalam projek Youtube beliau.
Beliau adalah di antara mereka yang terawal mempelajari teknik Youtube saya pada 2 minggu lepas melalui kelas online.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan, semoga ianya menjadi perangsang kepada yang lain.
Baiklah, sekarang saya ceritakan kisah ‘Email Ghaib’.
Semalam di dalam kesibukan saya menguruskan pesanan pembelian pakej dan pelbagai pertanyaan dari mereka yang berminat, seorang pembeli pakej video telah YM saya.
Beliau telah menerima email dari saya yang mengandungi link untuk download pakej video saya dan apabila beliau download ianya menghadapi masalah.
Setelah saya menyoal siasat beliau, saya mendapati masalah beliau sebenarnya ialah talian internet beliau terlalu perlahan dan tidak stabil manakala beliau pula cuba untuk download semua video saya serentak. Ini mengakibatkan kegagalan untuk download disebabkan ketidakmampuan talian internet beliau untuk menampung multi-download dalam satu masa.
Oleh itu saya mengarahkan beliau untuk download semula satu persatu bukan sekaligus.
Di sinilah bermulanya ‘keajaiban’.
Apabila beliau buka kembali email saya, perkara ‘aneh’ telah berlaku.
Email saya yang mengandungi link-link untuk download telah hilang ‘ghaib’isi-isinya. Yang ada cuma tajuk dan alamat email saya sahaja. Isi-isi di dalamnya kosong!!
Sedangkan sebelum ini ada.
Selama saya menjadi pelayar internet sejak 1994 dan seorang Internet Marketer bermula dari 2002, inilah pertama kali saya terjumpa hal sebegini.
Puas saya mencari jawapannya dari segi teknikal tapi masih gagal menghuraikan misteri ini.
Adakah anda pernah alami situasi begini?
Seperi biasa, saya hidangkan kepada anda video muzik untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
Penat Tetapi Gembira
November 19, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Agak lama juga saya tidak menulis.
Ini disebabkan saya terlalu sibuk mengendalikan Kelas Khas Online saya yang bertajuk ‘Bagaimana saya menghasilkan RM4329.60 di dalam masa 3 hari melalui Youtube.com’.
Terasa agak terlalu penat disebabkan setiap satu kelas memerlukan hampir 4 jam untuk diselesaikan dan setakat hari ini sudah 7 kelas berjalan. Benar-benar memenatkan.
Tetapi.
Semalam salah seorang dari ‘student’ saya telah YM saya dan memberikan satu khabar yang cukup mengembirakan.
Belia baru mengikuti kelas saya dan setelah itu beliau telah upload satu video di Youtube mengikut teknik-teknik yang saya ajar. Di dalam masa 24 jam beliau telah berjaya mendapat 1 jualan dari link affiliate beliau yang memberikan komisen sebanyak USD$33.00 (RM112.20).
Beliau benar-benar tergamam & terperanjat.
Saya tidak sempat membuat ‘print screen’ YM perbualan saya itu tetapi saya ada save perbualan kami dan anda boleh lihatnya di bawah ini.
Hilang rasa penat rasanya apabila melihat telah ada yang berjaya di dalam masa yang terlalu singkat.
Kepada yang lain-lain teruskan memahirkan teknik-teknik istimewa yang telah saya ajar.
Dibawah ini pula merupakan ‘print screen’ perbualan saya pagi tadi dengan seorang pembeli Pakej Bimbingan Rahsia Menguasai Commission Junction saya yang baru.
Inilah semua yang memberikan saya kekuatan untuk terus membimbing dan membimbing walaupun kadang kala terasa amat penat fizikal & mental saya.
Seperti biasa saya bawakan anda satu klip video muzik untuk anda ‘boost’ dan aktifkan minda anda agar lebih bertenaga dan positif.
ps. Saya ada menerima beberapa email dan YM dari bukan pembeli pakej saya yang amat berminat dengan kelas khas online ini. Setelah berbincang dengan partner saya (suami) kami mengambil keputusan untuk mengadaptasikan kelas khas ini ke dalam bentuk video di dalam waktu yang terdekat ini dan akan dijual kepada umum selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Berita Terkini 22/11/2008 :
nantikan kemunculan produk terbaru saya di dalam masa 48 jam lagi!!…
Duit Dari Internet - Ashley Qualls Membuktikannya
November 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Semalam saya menghabiskan masa hampir 2 jam berdebat dengan seseorang yang mempertikaikan kebenaran bahawa internet mampu memberikan kekayaan. Menurut beliau kekayaan yang boleh diperolehi melalui internet hanyalah mitos dan karut semata-mata.
Beliau mengatakan bahawa beliau ialah seorang pelayar internet tegar yang telah melayari internet lebih dari 10 tahun dan beliau masih tidak jumpa apa-apa program atau cara yang 100% benar menghasilkan pendapatan atau kekayaan dari internet. Berdozen-dozen program dan ebook telah beliau sertai atau beli tapi masih gagal menghasilkan apa-apa sebaliknya wang beliau yang terbang.
Puas saya cuba menerangkan kepada beliau bahawa andaian beliau itu silap sebenarnya tapi nampaknya beliau sudah terlalu skeptikal, al-maklumlah 10 tahun sebagai seorang pelayar internet tegar.
Oleh itu saya menjanjikan beliau saya akan membentangkan satu kes kajian (case study) untuk beliau dan anda semua renungkan.
Kes Kajian : Ashley Qualls
Siapakah dia?
Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu www.whateverlife.com. Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun www.whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.
Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan.
Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut?
Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?
Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.
Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
- Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
- Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
- Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya kepada sumber keuntungan
- Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
- Jadi diri anda sendiri
Semoga anda dan ‘saudara’ yang berdebat dengan saya semalam akan mendapat sedikit iktibar dan panduan dari kes kajian Ashley Qualls ini.
Seperti biasa, saya akan menghidangkan satu lagi klip video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.
Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000
November 10, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).
Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.
Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.
Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.
Adakah anda murung hari ini? Apa kata anda tonton video klip ini untuk memberikan sedikit ‘boost’ kepada minda anda iaitu merupakan music video nyanyian T.I bersama Rihanna bertajuk ‘Live Your Life’ yang sekarang sedang menduduki tangga kedua carta Top100 Billboard USA. Enjoy…
Soalan Cepumas Yang Kerap Saya Terima
November 5, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Saya kerap menerima soalan ‘cepumas’ ini dari sesetengah pembeli Pakej Bimbingan saya…‘Kak…saya tak cukup masa lah nak jalankan kerja-kerja promosi affiliate ni…saya sebok sangat…cuti hujung minggu pun sebok..bla..bla..bla…’
Istilah ‘tak cukup masa’ sebenarnya sudah menjadi satu istilah ‘trademark’ untuk kita memberikan alasan kepada diri kita sendiri di atas kegagalan atau kelemahan kita.
Mengapa saya begitu ‘daring’ memberikan kenyatan di atas?
Sebab saya pun manusia sama seperti anda (ikut tone iklan Mobil).
Disiplin.
Disiplin bagaimana mengoptimumkan penggunaan masa anda.
Katakan, selepas jam 9 malam adalah waktu yang paling sesuai untuk anda menjalankan kerja-kerja promosi. Untuk itu pastikan anda telah menyiapkan segala beban kerja yang lain terlebih dahulu.
Katakan anda boleh memperuntukkan 2 jam sahaja untuk berpromosi. 9 - 11 mlm.
9.00 - 9.30 (30 minit) - Lakukan promosi di …………….
9.30 - 9.40 (10 minit) - Rehatkan minda. Dengar lagu.
9.40 - 10.10 (30 minit) - Lakukan promosi di …………
10.10 - 10.20 (10 minit) - Rehatkan minda. Dengar lagu.
10.20 - 11.00 (40 minit) - Bina 1 lens dan submit Social Bookmark (sebagai contoh)
11.00 - Berhenti & Tidur
Jika anda lihat jadual di atas bermakna anda akan berjaya menjalankan 3 kerja promosi di dalam 1 hari.
Jika jadual di atas anda ikuti dengan penuh tumpuan maka di dalam masa sebulan anda akan berjaya menjalankan 90 kerja promosi.
Saya kerap menjalankan kaji siasat ke atas pembeli-pembeli pakej saya terhadap rutin jadual seharian mereka. Kebanyakan punca mengapa mereka mengatakan ‘tidak cukup masa’ ialah disebabkan tumpuan mereka yang ‘terganggu’.
Lihat contoh ini.
9.00 - 9.30 malam…melakukan kerja promosi…9.30…penat..rehat sekejap..layan video di YouTube.com…..11.00…alamak!!!…terbabas…sedar tak sedar dah menghabiskan masa 1 jam lebih di YouTube….esok aje lah sambung buat kerja…dah mengantuk….
Di atas adalah senario sebenarnya yang selalu terjadi. Anda tidak mempunyai disiplin di dalam mengatur masa anda. Jadi, adakah anda tidak mempunyai masa yang cukup atau anda terlebih masa sebenarnya?
Disiplin. Disiplin. Disiplin.
“Supercharge Minda Anda” dengan mendengar lagu ini - Total Eclipse of The Heart (Techno Remix). Saya kerapa mendengar lagu ini jika ingin memberikan ‘energy’ kepada minda saya. Enjoy! (terimakasih kepada sahabat IM saya Mr Roger a.k.a Pakar Clickbank kerana memberi idea posting 2in1 ini)
Pemilik Google Membeli Jet Pejuang
November 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
H211 LLC yang merupakan salah sebuah anak syarikat milik Google.Inc. telah dilaporkan membeli sebuah jet pejuang ringan jenis Dornier Alpha Jet 1982. H211 LLC juga memiliki beberapa pesawat yang kerap digunakan oleh pemilik Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin.
Dilaporkan bahawa H211 LLC telah berjaya mendapatkan hak untuk beroperasi dari sebuah pengkalan udara yang jaraknya hanyalah 10 minit dari ibupejabat Google berdekatan dengan San Francisco Bay, California. Yang lebih menarik di sini ialah pengkalan udara tersebut bukanlah sebuah pengkalan udara biasa tetapi ia adalah Moffett Field yang di miliki oleh NASA.
Tiada sesiapa boleh mendaratkan pesawat peribadi mereka di Mofett Field yang bersebelahan dengan Silicone Valley. Terlalu ramai ‘hi-tech billionaire’ yang cuba mendapatkan hak untuk mendaratkan pesawat peribadi mereka di situ, malangnya gagal disebabkan pengkalan tersebut dimiliki oleh NASA yang mempunyai peraturan yang terlalu ketat..
Anda bayangkan betapa hebatnya kedua-dua pemilik Google ini sehingga berjaya memiliki keistimewaan yang cukup sukar untuk dimiliki oleh billionaire yang lain.
Jika kita sorot kembali sejarah Google, ianya bermula dari Januari 1996 yang dijadikan projek kajian oleh Larry Page dan kemudiannya disertai oleh Sergey Brin yang mana mereka berdua merupakan pelajar PhD. Stanford University, California. Pada September 1998, mereka menubuhkan Google Inc. dan beroperasi dari garaj kereta seorang dari rakan mereka di Menlo Park, California. Pada 19hb Ogos 2004, Google Inc. di anggarkan bernilai USD$23 Billion.
Motivasi
Saya selalu membayangkan bagaimana mereka ini berjaya menempah kejayaan yang amat luar biasa. Bermula dari sebuah garaj kereta rumah rakan mereka akhirnya dalam masa 6 tahun syarikat mereka bernilai berbillion-billion dolar.
Adakah mereka ini memang telah ditakdirkan untuk lahir dan kaya?
Atau
Adakah mereka ini sebenarnya mencipta jalan kekayaan mereka sendiri?
Adakah semua ini tuah nasib atau mereka yang mencipta nasib mereka sendir?
Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, jika mereka boleh melakukannya mengapa saya tidak dan mengapa juga anda tidak boleh.
Adakah kita harus bersandar kepada nasib semata-mata atau terus menjadi mangsa program-program ‘scam’ cepat kaya…wang bergolek sambil tonton Astro…
Sedar atau tidak setiap manusia yang dijadikan Tuhan mempunyai kehebatan masing-masing, masalahnya adakah anda sedari kehebatan diri anda sendiri?
Renung-renungkan lah….























