Duit pun ada perasaan juga
December 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Duit, duit, duit…lagi-lagi cerita duit. Anda pun mungkin dah jelak dengan cerita pasal duit.
Cerita,cerita,cerita tapi duitnya tak nampak.
Tapi…
Pernahkah anda terfikir kenapa lagi kita dok cerita…lagi kita dok fikir pasal duit ni…lagi lah duit tu tak datang datang?
Pernah tak anda lihat orang yang tak pernah cerita pasal duit yang biasanya hanya akan tersenyum sahaja bila orang lain dok bercerita pasal duit…tapi rupa-rupanya dia banyak duit?
Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda.
Saya sendiri tak tahu samada ini ialah petua atau tips atau amalan. Anda fikirlah sendiri.
Saya tak pernah fikir pasal duit.
Bukan nak tunjuk lagak tapi itulah kenyataannya.
Pada saya duit ni lagi kita kejar lagi lah dia jauh. Lagi kita dok fikir bagai nak rak pasal dia…lagi jauh lah dia lari.
Apa yang saya buat?
Mudah saja.
Saya nak duit, saya perlukan duit.
Tapi.
Saya tak fokuskan fikiran saya pada duit.
Saya fokus pada pada kerja saya, pada usaha saya.
Saya fokus pada strategi mencari duit.
Saya fokus pada perancangan dan pelaksanaan.
Itulah cara saya melakukannya.
Saya pernah berbual dengan beberapa orang pembeli pakej saya. Ada yang baru setengah jam jalankan kerja-kerja promosi dah semak akaun affiliate…’dah masuk ke belum duit ni…’.
Ada yang sampai tak boleh tidur, setiap sejam buka akaun affiliate nak tau duit dah masuk ke belum.
Jangan mendesak diri anda. Semakin anda desak semakin mudah anda kecewa.
Duit ibarat seorang wanita. Lagi anda kejar lagi jauh dia lari. Lagi anda desak lagi jauh dia pergi. Lagi anda paksa lagi hilang dia dari mata anda. Cuba anda jangan desak dia, maka dia akan mula menjeling dan tersenyum kepada anda. (teringat kembali nostalgia episod awal pertemuan saya dan suami tercinta)
Kesimpulannya, jangan terlalu berfikir pasal duit, fokus pada usaha anda, fokus pada strategi dan perancangan anda dan fokus pada pelaksanaannya.
Biarkan duit yang mengejar anda, bukan anda yang mengejar duit.
Renungkanlah.
Seperti biasa, saya menghidangkan video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.
Nikmat Kejayaan
December 20, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua,
Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog kesayangan saya ini yang seperti telah di anak tirikan kerana kesibukan saya yang ‘ekstrem’ sepanjang minggu ini.
Lagi 2 minggu penggal persekolahan 2009 akan bermula.
Tahun 2009, 5 orang anak saya akan memulakan persekolahan. 4 di sekolah rendah dan 1 di sekolah menengah.
Setiap seorang saya memperuntukkan RM400 untuk membeli pakaian,kelengkapan sekolah dan pelbagai yuran yang dikenakan (kalau baca senarai yuran pihak sekolah boleh kelabu biji mata).
Ini bermakna saya memperuntukkan RM2000 untuk memastikan kesemua anak-anak saya akan dapat memulakan persekolah dengan sempurna.
Sekiranya situasi ini berlaku pada tahun 2002, pasti saya sedang menangis sekarang.
Manakan tidak, ketika itu keadaan kewangan kami amat meruncing, di mana mahu cari RM2000 sedangkan RM200 pun pasti ‘pecah tabung’.
Tidak dapat saya gambarkan jika 5 anak saya mahu bersekolah pada ketika saya tidak mampu memberi kesempurnaan kepada mereka.
Syukur Alhamdulillah
Tidak sesia usaha & pengorbanan saya selama ini, selama 6 tahun ini berjuang dan terus berjuang di dalam dunia perniagaan internet.
Inilah nikmat sebenarnya.
Di saat-saat sebegini, disaat-saat saya wajib memberikan kesempurnaan kepada anak-anak saya , saya memiliki keupayaan untuk menyempurnakannya hasil dari rezki yang melimpah-limpah dari Yang Maha Pemurah.
Bagaimana jika 6 tahun dulu saya masih tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib kami sekeluarga. Pasti di saat-saat sebegini silap-silap en.Alalalalong akan menjadi ‘sahabat’ saya. RM2000 bukan jumlah yang kecil di waktu ekonomi yang tidak stabil.
Saya menyeru kepada anda, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.
Terutama untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak kecil, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik dan cemerlang, jangan sampai di saat anak-anak anda memerlukan kesempurnaan tetapi anda gagal memberikannya. Ia akan menghancurkan hati mereka. Renungkanlah.
**hari ini Mawi kahwin, gilang-gemilang. Agaknya jika dahulu dia tidak cuba mengubah nasib dengan menyertai AF3 tetapi terus menjadi DJ kompleks, adakah hari ini hari yang penuh gilang gemilang di dalam hidup beliau akan terjadi? atau mungkin hari ini beliau masih memutarkan CD di kompleks? Inilah dinamakan nikmat kejayaan.
Anda perlukan muzik untuk menghidupkan jiwa perjuangan di dalam diri anda? Hayatilah sentuhan violin Vanessa Mae - Art of War ini…hayati sambil memejamkan mata anda…
Pendaftaran Affiliate DiBuka
December 14, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Pendaftaran Affiliate untuk Pakej Video saya telah dibuka kepada anda semua.
Setiap jualan yang anda hasilkan akan menerima komisen sebanyak RM20.
Saya juga menyediakan skim Bonus Jualan Bulanan.
Jualan Bulanan 50-99 jualan akan menerima Bonus Tunai RM200.
Jualan Bulanan 100-149 jualan akan menerima Bonus Tunai RM400.
Jualan Bulanan 150-199 jualan akan menerima Bonus Tunai RM600.
Jualan Bulanan 200 ke atas akan menerima Bonus Tunai RM1,000.
Ini bermakna anda perlu melakukan jualan minima sebanyak 50 jualan dalam masa sebulan untuk melayakkan anda menerima skim Bonus Jualan Bulanan.
Pembayaran komisen dan bonus adalah sebulan sekali dan selewat-lewatnya sebelum 5hb setiap bulan.
Saya juga menyediakan 5 banner iklan di dalam akaun affiliate anda.
Jessica Cox Tiada Alasan
December 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat.
Setelah bercuti selama 4 hari dan seperti biasa saya mula sibuk kembali dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan terutama menyiapkan sistem affiliate untuk Pakej Video saya, dijangkakan ia akan mula dibuka kepada umum pada minggu hadapan.
Seperti biasa juga saya membuka semula Bantuan Online menerusi YM untuk kesemua pembeli Pakej Bimbingan saya.
Baiklah.
Topik kali ini ialah ALASAN.
Bila bercakap tentang duit dan kaya semua orang akan ‘excited’.
Bila ditanya samada anda mahu kaya atau tidak, tiada siapa yang akan mengatakan tidak.
Tetapi.
Bila disuruh berusaha dan bekerja keras, pelbagai ALASAN akan mula kedengaran.
“ala kak…leceh lah nak buka akaun CJ ni…line internet saya slow sangat…”
“ala kak…saya tak pandai BI lah…takde ke cara yg senang…”
“ala kak…saya tak pandai lah buka akaun Gmail..akak tolong buka kan bole tak…”
Alahai.
1001 macam alasan.
Itu tak kena ini tak kena, ada sahaja yang tak kena.
Kebetulan hari ini saya terbaca satu artikel di Harian Metro yang membuatkan saya sangat teruja. Ianya mengenai Jessica Cox.
Baiklah, jom kita berkenalan dengan JESSICA COX.
Dia seorang gadis berumur 24 tahun.
Dilahirkan di Tucson, Arizona.
Dia boleh memandu kereta.
Dia boleh bersolek dan menjadi semakin jelita selepas itu.
Dia ada talipinggang hitam Taekwondo.
Dia pandai berenang.
Dia pandai menari.
Dia boleh shampoo rambutnya sendiri.
Dia juga ada lesen penerbangan memandu pesawat persendirian.
Dan.
Yang paling penting.
Jessica Cox.
TIDAK ADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN!!!!!
Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak berusaha dan berjaya menjadi seorang wanita yang hebat.
Dengan menggunakan kedua belah kakinya dia juga mampu mengendalikan pesawat penerbangan persendirian.
Boleh kah anda lakukannya?
Apakah ALASAN anda kali ini pula?
Seperti biasa saya bawakan kepada anda muzik video untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
Conference Pertama 2 Disember 2008
December 4, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Pada 2 Disember 2008 satu perbincangan secara berkumpulan menerusi Yahoo Messenger (conference) telah berjaya di adakan.
Ini merupakan conference pertama selepas seminggu produk Pakej Video saya dilancarkan.
Tujuan conference ini ialah untuk para pembeli berkumpul (yang terpilih) dan membincangkan apa sahaja permasalahan mereka semasa mempelajari Pakej Video ini.
Saya juga akan memberikan beberapa tips & teknik untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran.
Conference ini adalah berdasarkan jemputan. Mereka yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri conference. Ini disebabkan saya hanya menghadkan penyertaan kepada 15 orang sahaja sesuatu masa untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal seperti YM ‘hang’ atau ‘freeze’.
Di bawah ialah ‘screenshot’ bagaimana sesuatu conference dijalankan.
Sekalung tahniah buat Asmawati kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’. Semoga terus berjaya.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat Herier Wikimi kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’ juga dan saya memilih untuk menyiarkan kisah beliau adalah kerana beliau merupakan orang pertama yang berjaya menghasilkan ‘ice breaker’ tertinggi iaitu USD$127 (RM431.80).
Tahniah sekali lagi untuk beliau. Ini merupakan cabaran untuk mereka-mereka yang lain.
Seperti biasa saya hidangkan kepada anda muzik video untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
Apa Komen Anda
Salam Ceria semua,
Telah lebih seminggu produk terbaru saya iaitu Pakej Video Teknik Youtube dilancarkan.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Oleh itu saya membuka ruang ini untuk para pembeli Pakej Video tersebut termasuk mereka yang telah mengikuti Kelas Online sebelum ini untuk memberikan komen dan pandangan tentang Pakej Video saya ini.
Apakah komen anda dengan mutu ilmu dan tutorial yang terkandung di dalam Pakej Video tersebut
Apakah komen anda dengan mutu bantuan online yang saya berikan melalui YM.
Apakah komen anda dengan mutu kelas perbincangan secara conference yang pernah anda sertai.
Apakah anda rasa yang Pakej Video saya ini berjaya memberikan anda ilmu & pengetahuan yang anda perlukan.
Apakah anda rasa Pakej Video saya ini memberikan manfaat sepenuhnya.
Apakah anda rasa pelaburan kecil anda membeli Pakej Video saya ini memberikan nilai yang besar untuk anda.
Tuliskan apa sahaja komen anda dibahagian komen. Terimakasih.
Terkini! (Edit 14 Dec 2008)
Sekalung Tahniah buat sdr.Abg Awie di atas kejayaan beliau memperolehi pendapatan yang agak lumayan melalui Pakej Bimbingan saya.
Setinggi-tinggi terimakasih saya ucapkan di atas keizinan beliau untuk saya menyiarkan screenshot perbualan YM kami (tolong jangan spam YM beliau)
**klik gambar di atas untuk besarkan
Terkini! (edit 15 Dec 2008)
**Klik gambar di atas untuk besarkan.
Terkini (edit 1hb Januari 09)
Klik gambar untuk besarkan
.
TERKINI! (edit 11hb januari 2009)
Salah seorang pembeli Pakej ini yang telah mempraktikkan semua ilmu dan teknik yang diajar telah menerima CEK PERTAMA beliau. Klik sini untuk membaca kisahnya dilaman blog beliau sendiri.
.
Jika mereka boleh kenapa anda tidak?
DIA, Anda dan Niat
December 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria semua.
Kesibukan membataskan waktu untuk saya menulis. Jadual harian terlalu padat apatah lagi semakin ramai ‘pelajar’ yang perlu saya bimbing.
Kali ini saya akan menulis mengenai mengenai hakikat sebenar punca kegagalan sesuatu perkara yang kita usahakan dan juga kesilapan pemikiran kita.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Fathi kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’ pada 28.11.2008 (Jumaat) untuk projek video Youtube beliau. Beliau baru sahaja membeli dan mendapatkan bimbingan saya melalui Pakej Video saya.
Saya memilih untuk menyiarkan kisah beliau seperti apa yang anda baca di atas ialah kerana sebelum ini saya pernah secara berseloroh mengatakan yang beliau perlu ‘mandi bunga’ jika video beliau ditonton oleh berjuta orang tetapi gagal menghasilkan apa-apa pendapatan.
Alhamdulillah, baru beberapa klik yang beliau dapat ianya telah berjaya menghasilkan komisen pertama untuk beliau (tak perlulah mandi bunnga…lol!).
Video beliau baru sahaja ditonton beberapa ratus orang sahaja maka tidak mustahil apabila berjuta-juta penonton menonton video beliau maka pendapatan yang bakal beliau hasilkan Insya Allah akan berlipat ganda.
Baiklah,
Kembali kepada topik entri ini.
Semenjak Pakej Video saya dilancarkan saya menerima banyak pertanyaan melalui email & YM setiap hari.
Anatara soalan-soalan yang paling popular ialah :
“Kak Lisa…berapa ribu RM yang akan saya dapat kalau buat ikut teknik Kak Lisa ni?..”
“Kak Lisa…saya dah lama cuba cari duit tapi gagal…apa jaminan Kak Lisa yang saya boleh berjaya jika guna teknik Kak Lisa?…”
Sebenarnya, kedua-doa soalan di atas jika anda tanyakan kepada Irfan Khairi malah Bill Gates sekalipun mereka tidak akan mampu memberi jawapan yang tepat.
Ini kerana, jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah bergantung kepada DIA dan Anda.
DIA ialah Yang Maha Agung. DIA yang menentukan rezeki anda.
Anda pula selain daripada harus berusaha, anda wajib berkomunikasi dengan DIA. Anda harus selalu memohon agar apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan.
Siapa saya yang boleh memberi jaminan atas rezeki anda? Saya hanya manusia biasa. Tugas saya ialah membimbing dan membantu anda. Saya tidak boleh memberi jaminan apa-apa.
Jaminan ada pada anda. Jika anda rajin belajar dan praktikkan ilmu-ilmu diajar dan bertawakal kepada DIA maka tidak mustahil anda akan berjaya.
Jika anda malas baru buat kerja sedikit sudah merungut susah, bagaimana anda boleh berjaya?
Jaminan ada pada diri anda sendiri.
Sekarang saya kongsikan lagi satu topik iaitu NIAT.
Saya pernah berbual dengan ramai orang yang mengatakan mereka gagal memperolehi apa-apa kejayaan atau pendapatan melalui internet walaupun telah bertahun-tahun berusaha tetapi mengapa pula saya boleh berjaya.
Jawapan saya yang pertama ialah saya telah belajar dan berusaha selama hampir 6 tahun di dalam bidang ini. Itu salah satu faktor kejayaan saya.
Jawapan saya yang kedua pula, cuba anda renungkan kisah di bawah ini :
Suami saya pernah berborak di kedai mamak di Jalan Abdullah Tahir, JB pada satu malam dengan seorang kawan beliau yang aktif dalam MLM (direct selling).
Kawan beliau meluahkan perasaan kecewa beliau disebabkan hampir 3 tahun dia berkecimpung di dalam bidang MLM tapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan.
Beliau mempunyai isteri dan 4 anak.
Kehidupan keluarga beliau boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh isteri beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan. Ini disebabkan beliau masih gagal memperolehi pendapatan yang baik dari MLM, jika ada pun setakat beberapa ratus RM sahaja sebulan.
Beliau mengeluh dan mengeluh mengenangkan nasib malang beliau walaupun siang malam beliau berusaha untuk berjaya.
Jika anda yang tinggal di Johor Bahru anda pasti tahu yang Jalan Abdullah Tahir merupakan antara pusat hiburan malam di JB. Terdapat banyak karaoke,disko dan pub di jalan tersebut.
Semasa sedang berbual dengan suami saya, kawan suami saya sempat memerhatikan gelagat orang ramai disekeliling. Terdapat ramai orang terutama wanita yang mencari hiburan malam di kawasan itu.
Beliau berkata kepada suami saya,
“kau tengok amoi-amoi seksi tu Mie…kalau lah aku kaya nanti…tiap-tiap malam aku usung diorang ni pi disko…sekarang ni diorang tak heran kat aku sebab aku sengkek…kalau aku dah pakai BMW nanti…gerenti berbaris amoi-amoi ni nak ikut aku..” ujar beliau sambil ketawa.
Suami saya hanya tersenyum saja.
Baiklah, apa moral cerita di atas.
NIAT.
Niat ialah Doa kita kepada DIA.
Apa sahaja niat kita sebelum melakukan sesuatu adalah sangat penting sebelum ianya dimakbulkan oleh Yang Maha Agung.
Jika kita mempunyai tanggung jawab kepada keluarga tetapi kita mempunyai niat yang ‘melencong’ adakah usaha kita itu akan diberkati?
Jika kita mempunyai tanggung jawab ke atas ibubapa tetapi kita berniat untuk ‘berjoli sakan’ jika kita banyak duit, adakah usaha kita akan diberkati?
NIAT memainkan peranan sangat penting di dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.
Tidak mustahil jika anda berusaha keras siang malam 24 jam tetapi usaha anda gagal dan sia-sia jika apa yang anda usahakan itu tidak diberkati disebabkan NIAT ‘melencong’ yang telah anda tanamkan.
Saya sendiri mempunyai keluarga yang besar. Anak saya 6 orang. Saya ada ibu dan ibu mertua yang masih hidup. Setiap hari, apabila saya membuka komputer ini saya akan bertafakur sebentar.
Saya akan berkomunikasi dengan DIA iaitu Tuhan saya.
Saya katakan pada DIA agar DIA mempermudahkan kerja-kerja saya dan mempermudah rezeki saya kerana semua ini saya lakukan untuk keluarga saya. Saya ingin berikan segala kemudahan dan kesenangan untuk anak-anak saya. Saya ingin membalas semula kesusahan dan kepayahan ibu & mertua saya yang membesarkan saya & suami dengan memberikan mereka keselesaan dan kesenangan.
Itulah NIAT saya setiap hari sebelum saya memulakan kerja.
Alhamdulillah, selama 6 tahun ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi DIA telah membuka jalan untuk saya seluas-luasnya.
Renungkan lah.
Ubah semula niat anda jika sekiranya ianya telah jauh ‘melencong’.
Lakukan kerja-kerja anda dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Jiwai apa saja usaha yang anda lakukan. Tawakal kepada DIA.























