1430H & 2009 berhijrahlah, berazamlah
January 2, 2009 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan.
1429H & 2008 telah kita tinggalkan.
Adakah tahun lepas memberikan apa-apa kenangan dan nostalgia yang indah buat anda?
Dan apakah pula yang bakal anda tempuhi pada tahun ini?
Adakah azam kejayaan anda tahun lepas dan sebelumnya masih belum tertunai lagi?
Maka oleh itu…berhijrahlah…berazamlah…
Jika sebelum ini anda seorang yang negatif maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang positif
Jika sebelum ini anda seorang yang pesimis maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang optimis
Lakukanlah penghijrahan di dalam jiwa anda kerana jiwa yang positif dan jiwa yang optimis merupakan syarat utama untuk mengecapi kejayaan hidup.
Usah meletakkan azam tinggi melangit jika asasnya tidak anda kukuhkan terlebih dahulu.
Semoga 1430H & 2009 ini akan menjadi tahun penghijrahan anda yang tidak akan anda lupakan selama-lamanya.
Amin.
.
Seperti biasa saya hidangkan untuk anda muzik video dan kali ini ia merupakan sentuhan saxaphone oleh Kenny G bertajuk ‘Loving You’ sebagai hadiah tahun baru dari saya buat anda yang sudi melawat laman blog saya ini dan memberikan sokongan buat saya meneruskan perjalanan blog ini. Hayatilah kemerduan alunan muzik saxaphone dari Kenny G khas untuk anda.






