Laman Web Pakej Bimbingan Berwajah Baru

October 28, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Ramai yang komplen pada saya yang mereka agak ‘pening’ membaca maklumat mengenai Pakej Bimbingan saya di http://info.kit4u.net.

Laman web tersebut berkonsep ‘mini-site’ iaitu semua maklumat dimasukkan di dalam satu mukasurat sahaja. Mungkin disebabkan terlampau banyak maklumat yang cuba saya sampaikan  maka menyebabkan ramai yang membaca dan ‘mengantuk’ (rasanya kot..)

Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mengubah konsep laman web tersebut kepada yang lebih dinamik dan selesa.

Terasa perit juga nak menyiapkan ‘perubahan’ ini mungkin disebabkan ‘demam raya’ yang baru nak surut dan kepenatan yang semakin terasa.

Tetapi sebagai seorang IM yang menjadikan bidang ini sebagai karier maka terpaksa juga saya gagahkan diri untuk menyiapkannya.

Kali ini saya membahagikan laman web tersebut kepada beberapa mukasurat yang mengandungi maklumat-maklumat yang penting dan juga saya memasukkan satu halaman yang khusus untuk FAQ (soalan-soalan yang selalu ditanya).

Semoga dengan penampilan baru ini akan memudahkan sesiapa sahaja untuk memahami apa yang sebenarnya yang akan anda miliki apabila menyertai Pakej Bimbingan saya.


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

2 Responses to “Laman Web Pakej Bimbingan Berwajah Baru”

  1. pakar cari ebook percuma on October 28th, 2008 4:11 pm

    wow memang nampak chun dan bergaya :lol:

  2. rahul on November 25th, 2008 10:20 pm

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!