Misteri Email Ghaib

November 26, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Apakhabar anda semua? Semoga ceria,ceria dan terus ceria.

Alhamdulillah, produk terbaru saya Pakej Video Teknik Youtube telah selamat dilancarkan 2 hari yang lepas. Sambutannya amatlah menggalakkan sehingga tak menang tangan nak melayan pertanyaan dan pesanan.

Sebenarnya saya agak kepenatan untuk menulis tetapi misteri ‘email ghaib’ yang dialami oleh salah seorang pembeli Pakej Video saya semalam membuatkan saya teruja untuk berkongsi kisah tersebut dengan anda semua.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada sdr.Suhaimi kerana telah berjaya membuat ‘ice breaker’ di dalam projek Youtube beliau.

Beliau adalah di antara mereka yang terawal mempelajari teknik Youtube saya pada 2 minggu lepas melalui kelas online.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan, semoga ianya menjadi perangsang kepada yang lain.

Baiklah, sekarang saya ceritakan kisah ‘Email Ghaib’.

Semalam di dalam kesibukan saya menguruskan pesanan pembelian pakej dan pelbagai pertanyaan dari mereka yang berminat, seorang pembeli pakej video telah YM saya.

Beliau telah menerima email dari saya yang mengandungi link untuk download pakej video saya dan apabila beliau download ianya menghadapi masalah.

Setelah saya menyoal siasat beliau, saya mendapati masalah beliau sebenarnya ialah talian internet beliau terlalu perlahan dan tidak stabil manakala beliau pula cuba untuk download semua video saya serentak. Ini mengakibatkan kegagalan untuk download disebabkan ketidakmampuan talian internet beliau untuk menampung multi-download dalam satu masa.

Oleh itu saya mengarahkan beliau untuk download semula satu persatu bukan sekaligus.

Di sinilah bermulanya ‘keajaiban’.

Apabila beliau buka kembali email saya, perkara ‘aneh’ telah berlaku.

Email saya yang mengandungi link-link untuk download telah hilang ‘ghaib’isi-isinya. Yang ada cuma tajuk dan alamat email saya sahaja. Isi-isi di dalamnya kosong!!

Sedangkan sebelum ini ada.

Selama saya menjadi pelayar internet sejak 1994 dan seorang Internet Marketer bermula dari 2002, inilah pertama kali saya terjumpa hal sebegini.

Puas saya mencari jawapannya dari segi teknikal tapi masih gagal menghuraikan misteri ini.

Adakah anda pernah alami situasi begini?

Seperi biasa, saya hidangkan kepada anda video muzik untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.

YouTube Preview Image


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

12 Responses to “Misteri Email Ghaib”

  1. MyPortal 2u on November 26th, 2008 2:23 pm

    Aslkm…Pn Lisa…!!

    Pelik juga ya…?Saya rasa ni pertama kali juga perkara cam tu berlaku…!!
    Apapun syabas untuk Pn Lisa kerana mengeluarkan produk pakej video dipasaran.Moga sucsess dalam IM…!! 8)

  2. hazman on November 26th, 2008 3:27 pm

    hmmm….pelik-pelik…dalam dunia internet pun ade kejadian misteri

  3. wahid on November 26th, 2008 3:49 pm

    Hahahaha…..

    Tak pelik pun pada saya, dalam dunia cyber ni byk hacker. Sepanjang pengalaman aku dalam cyber ni, kalo kita nk buat jahat senang betul nak kaya…

  4. miekof on November 26th, 2008 5:10 pm

    Internet pun dicipta dari manusia juga…

  5. alan on November 26th, 2008 10:28 pm

    Tahniah!

  6. AceGlobal13 on November 27th, 2008 9:51 am

    :|Assalamualaikum puan,

    Blogspot boleh support video youtube ke puan?

    UstazKampung (Masai, JB)

  7. hashim on December 24th, 2008 6:52 pm

    Tahniah atas usaha anda.Tak di nafikan memang ilmu mengajar kita menjadi dewasa dan meningatiNya dalam mencapai hajat kita adalah wajib dilaksanakan.Saya dah membaca dairi kehidupan anda dan kandungan yang lain insallah saya akan usahakan pakej CJ.com video anda,walaubagaimanapon ilmu yang kita cari keberkatannya perlu dan berguru itu juga penting dengan ikhlasnya.

  8. watchbestdrama.com on December 31st, 2008 8:53 pm

    macam misteri nusantara plak hehe

  9. Mohd Safuan on January 6th, 2009 1:34 pm

    Erm, saya xpernah lagi mengalami camtu. kalau link broken tu, pernah la.
    tapi apepun, keprihatinan puan lisa terhadap pembelinya harus dipuji dan dicontohi sikapnya. Yang penting, jangan sampai pembeli merasa tidak puas hati dengan apa yg dibelinya.

  10. Muhammad on February 6th, 2009 4:18 pm

    yes, this is truly amazing.how does it happen?why don’t he reveal it to all?

  11. Mior on April 1st, 2009 12:24 pm

    Saya rasa, begini… Masalah itu berlaku di server email Pn. Lisa sendiri. cuba hantar lagi email tu pada waktu lain. kalau masih sama, mungkin ada yang tak kena. Sebab email server tak boleh attach software. Ia akan reject.

    http://www.smart2tips.com

  12. sah90 on October 8th, 2009 11:18 am

    Memang ajaib..
    jadi,
    kalau beli pakej ni, memang kena download ye?
    boleh tak kalu beli tapi hantar dalam bentuk cd?
    Plz3…
    :)
    Sebab susah nak download2 ni..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!