Pakej Bimbingan Bersama Lisa - Sekilas Pandang
October 20, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Pakej bimbingan ini saya mulakan pada bulan Julai 2007. Setakat hari ini iaitu hampir 15 bulan ianya dilancarkan, lebih dari 1000 orang telah membeli pakej saya ini dan ramai di antara mereka yang mendapatkan bimbingan secara peribadi daripada saya melalui Yahoo Messenger.
Tujuan saya mencipta pakej bimbingan ini ialah untuk mendidik terutamanya para ‘newbies’ atau mereka-mereka yang masih baru di dalam bidang ini untuk mempelajari ilmu dan panduan sebenar bagaimana menjadi seorang affiliate.
Sejarahnya bermula apabila saya diminta oleh seorang rakan baik saya iaitu Kak Mala untuk mengajar beliau ilmu bagaimana saya mencari pendapatan tetap melalui internet.
Bermula dari Kak Mala pakej saya berkembang melalui mulut ke mulut. Mereka-mereka yang mendapat manfaat dari ilmu yang saya ajarkan akan ‘rekemen’ kepada rakan-rakan yang lain.
Malah yang lebih menarik ada di antara ‘anak-anak murid’ saya ini dengan rela hati menyediakan website untuk mempromosikan pakej saya ini.
Pakej saya ini fokus kepada ilmu dan cara-cara bagaimana menjadi seorang affiliate di Commission Junction. Ianya bukan program ‘cepat kaya’ seperti yang bersepah-sepah di internet sekarang.
Saya TIDAK sama sekali menjanjikan orang kekayaan segera. Tiada jalan pintas untuk itu.
Saya hanya menyalurkan ilmu dan panduan bagaimana untuk melaksanakannya. Kaya atau tidak, berjaya atau tidak semuanya bergantung kepada diri masing-masing, samada anda malas atau rajin.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini anda boleh layari laman web saya iaitu http://info.kit4u.net. Semua maklumat lengkap disediakan di sana.








sila berikan komen anda
Usaha yg murni,walaupun sy blm pernah mencuba CJ lg tp dr newsletter yg sy dpt dr kak lisa membuka mata sy utk mencuba 1lg cabang utk menjana wang online
maybe dlm ms terdekat ni nk dptkan gak infokit dr kak lisa. 
blog yang amat menarik pn Lisa. :). saya pasti akan dapatkan infokit pn Lisa.