Soalan Cepumas Yang Kerap Saya Terima

November 5, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Saya kerap menerima soalan ‘cepumas’ ini dari sesetengah pembeli Pakej Bimbingan saya…‘Kak…saya tak cukup masa lah nak jalankan kerja-kerja promosi affiliate ni…saya sebok sangat…cuti hujung minggu pun sebok..bla..bla..bla…’

Istilah ‘tak cukup masa’ sebenarnya sudah menjadi satu istilah ‘trademark’ untuk kita memberikan alasan kepada diri kita sendiri di atas kegagalan atau kelemahan kita.

Mengapa saya begitu ‘daring’ memberikan kenyatan di atas?

Sebab saya pun manusia sama seperti anda (ikut tone iklan Mobil).

Disiplin.

Disiplin bagaimana mengoptimumkan penggunaan masa anda.

Katakan, selepas jam 9 malam adalah waktu yang paling sesuai untuk anda menjalankan kerja-kerja promosi. Untuk itu pastikan anda telah menyiapkan segala beban kerja yang lain terlebih dahulu.

Katakan anda boleh memperuntukkan 2 jam sahaja untuk berpromosi. 9 - 11 mlm.

9.00 - 9.30 (30 minit)     - Lakukan promosi di …………….

9.30 - 9.40 (10 minit)     - Rehatkan minda. Dengar lagu.

9.40 - 10.10 (30 minit)   - Lakukan promosi di …………

10.10 - 10.20 (10 minit) - Rehatkan minda. Dengar lagu.

10.20 - 11.00 (40 minit) - Bina 1 lens dan submit Social Bookmark (sebagai contoh)

11.00 - Berhenti & Tidur

Jika anda lihat jadual di atas bermakna anda akan berjaya menjalankan 3 kerja promosi di dalam 1 hari.

Jika jadual di atas anda ikuti dengan penuh tumpuan maka di dalam masa sebulan anda akan berjaya menjalankan 90 kerja promosi.

Saya kerap menjalankan kaji siasat ke atas pembeli-pembeli pakej saya terhadap rutin jadual seharian mereka. Kebanyakan punca mengapa mereka mengatakan ‘tidak cukup masa’ ialah disebabkan tumpuan mereka yang ‘terganggu’.

Lihat contoh ini.

9.00 - 9.30 malam…melakukan kerja promosi…9.30…penat..rehat sekejap..layan video di YouTube.com…..11.00…alamak!!!…terbabas…sedar tak sedar dah menghabiskan masa 1 jam lebih di YouTube….esok aje lah sambung buat kerja…dah mengantuk….

Di atas adalah senario sebenarnya yang selalu terjadi. Anda tidak mempunyai disiplin di dalam mengatur masa anda. Jadi, adakah anda tidak mempunyai masa yang cukup atau anda terlebih masa sebenarnya?

Disiplin. Disiplin. Disiplin.

“Supercharge Minda Anda” dengan mendengar lagu ini - Total Eclipse of The Heart (Techno Remix). Saya kerapa mendengar lagu ini jika ingin memberikan ‘energy’ kepada minda saya. Enjoy! (terimakasih kepada sahabat IM saya Mr Roger a.k.a Pakar Clickbank kerana memberi idea posting 2in1 ini)

YouTube Preview Image


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

8 Responses to “Soalan Cepumas Yang Kerap Saya Terima”

  1. qrodat on November 5th, 2008 12:42 pm

    a’a saya setuju apa yg kak lisa cakap tu. malas merupakan penyakit yang tak ada ubatnya. kebanyakkan kita memang duduk depan laptop berejam lamanya tetapi entah apa2 aje dibuatnya. (sy kadang aje terbabas huhuhuhuhu)

  2. pakar clickbank on November 12th, 2008 2:09 pm

    Saya sangat setuju kak Lisa …macam saya sendiri juga menpunyai plan tindakan yang telah di set kan tetapi saya masih merasai sangat enjoy sebab jika kita menpunyai satu plan masa yang jelas maka kita akan dapat melihat hasil yang dilakukan oleh diri kita sendiri ..

    kadang manusia membuat perkara yang sama setiap hari walaupun itu adalah minat kita tetapi ada masa juga kita rasa boring ,jadi untuk mengelakan perkara yang begini kita perlu kadang dengar lagu ,tonton video ,baca majalah ,chating dengan kawan ….so saya gunakan cara ini sangat memuaskan ..

    Tetapi saya lebih suka mulakan dunia online saya untuk promosi ,sebab dalam fikiran saya adalah pahit ke manis ,ertinya promisi adalah kerja yang serius yang kita perlu kaji siasat ,so sudah habis kerja yang “pahit” maka perkara yang “manis” akan menanti kita .. :P

  3. ruhil on November 25th, 2008 10:19 pm
  4. rizal on December 15th, 2008 7:48 am

    Strategi yang menarik….boleh saya nak implemenkan kat routine harian ni. thanks!

  5. yazid on April 21st, 2009 2:22 am

    assalamualaikum…kak lisa…tolong bimbing saya.dah mcm2 saya belajar buat duit online ni.tapi hampa mungkin kurang ilmu,tak da stretigi dan dll. saya nak berjaya saya tanya kak lisa….jgn lupa saya nak miliki formula tersebut….

  6. firza on June 22nd, 2009 7:44 pm

    Salam, kak lisa skang sy dah mula ikuti langkah yang kak lisa antar melalui mail.
    sy excited sgt nk blaja slepas pertama kali sy onweb kak lisa smlm pagi tadi sy bank in duit… oleh kerana byk duty sy hari ini seawal pagi sy start n habiskan kerja baru ptg tdi bsy berpeluang on n daftar pengesahan then terus dpt mesej dari kak lisa.sy tak sabar kl nak tuggu hari esok. sy akan ikuti langkah yang di berikan dan saya mengharapkan sokongan n bantuan kak lisa nanti..terima kasih

  7. Forex Product Review on July 5th, 2009 9:31 pm

    i’m totally agree with you k.lisa. “no time” is not a solid reason to success. When there is a will there is a way..

  8. sujairi on November 30th, 2009 10:58 pm

    SALAM…
    saya setuju gila pendapat kak lisa ni..
    semua orang busy 24 jam..tidur pun bz gak,,makan pun bz gak..xda benda yg x bz..betul tak?…
    jawapan kepada masalah xda masa adalah malas dan mudah lalai(xda disiplin)..
    “bila dah beli pakej kak lisa ni kerja aku makin mudah lerr… duduk depan komputer 2 jam dah cukup”… nilah pendapat org yg malas nak berusaha…
    Kalau Irfan Khairi bagi kita pakej yg berharga seribu ringgit dengan percuma pun tapi kita masih x berusaha dan ingat kerja senang ja, sampai ke tua hidup kita akan jadi macam tu gak…
    orang nak bantu kita tapi kita xnak bantu diri sendiri.. jadi kita x boleh nak salahkan org lain kalau kita x berjaya, betul x?..
    jadi..andai nak berjaya..jangan banyak songeh..buat kerja tanpa mengeluh (Tuhan x suka hamba-Nya yg mengeluh)…buat sahaja kerja dengan cara yg betul..InsyaAllah rezeki kita x kemana..
    Salam

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!