Di mana saya sekarang?
March 21, 2009 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Salam ceria buat semua,
Saya kerap menerima email pertanyaan sebegini….”Kak Lisa..kenapa tak update blog…ke mana menghilang?”
Sebenarnya bermula dari pertengahan bulan Februari jadual kerja saya terlalu (extreme) padat dan 90% dari masa tersebut saya habiskan di luar negeri iaitu di Jakarta dan sekarang di Manila pula.
Ini disebabkan saya sibuk menguruskan satu projek mega yang nilainya mencecah 7 angka.
Jika ada yang bertanya…”projek apa tu?”….maka jawapan saya….”biarlah rahsia….”
Namun begitu saya tetap cuba meluangkan masa 2-3 jam sehari untuk berYM dengan pembeli2 pakej bimbingan Youtube saya.
Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah satu renungan motivasi.
Pada tahun 2002 saya cuma seorang surirumah dan bekas seorang kerani sykt. guaman tetapi dengan semangat yang kental dan usaha tanpa henti menimba ilmu bidang IM ini dan sekarang pada tahun 2009 dengan keizinan yang Maha Kaya hampir semua impan saya sudah terlaksana.
Limpahan rezeki yang saya terima sekarang 100% bermula dari penglibatan saya di dunia perniagaan internet (online) dan dari situ saya kembangkan ke pelbagai perniagaan offline yang lain.
Saya cuma seorang lepasan SPM pangkat 2 sahaja dan jika saya berjaya melangkah sehingga ke tahap ini, mengapa tidak anda?
Bukan segulung ijazah mejadi penentu masa depan anda tetapi semangat,sikap & keyakinan diri beserta keberkatan dari Yang Maha Agung adalah penentu sebenar hala tuju hidup anda.
Tahukah anda terdapat ramai billionair dunia yang tidak pernah bersekolah?
Renungkanlah….
Seperti biasa saya hidangkan satu video muzik untuk merangsangkan minda anda…
1430H & 2009 berhijrahlah, berazamlah
January 2, 2009 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan.
1429H & 2008 telah kita tinggalkan.
Adakah tahun lepas memberikan apa-apa kenangan dan nostalgia yang indah buat anda?
Dan apakah pula yang bakal anda tempuhi pada tahun ini?
Adakah azam kejayaan anda tahun lepas dan sebelumnya masih belum tertunai lagi?
Maka oleh itu…berhijrahlah…berazamlah…
Jika sebelum ini anda seorang yang negatif maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang positif
Jika sebelum ini anda seorang yang pesimis maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang optimis
Lakukanlah penghijrahan di dalam jiwa anda kerana jiwa yang positif dan jiwa yang optimis merupakan syarat utama untuk mengecapi kejayaan hidup.
Usah meletakkan azam tinggi melangit jika asasnya tidak anda kukuhkan terlebih dahulu.
Semoga 1430H & 2009 ini akan menjadi tahun penghijrahan anda yang tidak akan anda lupakan selama-lamanya.
Amin.
.
Seperti biasa saya hidangkan untuk anda muzik video dan kali ini ia merupakan sentuhan saxaphone oleh Kenny G bertajuk ‘Loving You’ sebagai hadiah tahun baru dari saya buat anda yang sudi melawat laman blog saya ini dan memberikan sokongan buat saya meneruskan perjalanan blog ini. Hayatilah kemerduan alunan muzik saxaphone dari Kenny G khas untuk anda.
Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000
November 10, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).
Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.
Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.
Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.
Adakah anda murung hari ini? Apa kata anda tonton video klip ini untuk memberikan sedikit ‘boost’ kepada minda anda iaitu merupakan music video nyanyian T.I bersama Rihanna bertajuk ‘Live Your Life’ yang sekarang sedang menduduki tangga kedua carta Top100 Billboard USA. Enjoy…
Pemilik Google Membeli Jet Pejuang
November 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
H211 LLC yang merupakan salah sebuah anak syarikat milik Google.Inc. telah dilaporkan membeli sebuah jet pejuang ringan jenis Dornier Alpha Jet 1982. H211 LLC juga memiliki beberapa pesawat yang kerap digunakan oleh pemilik Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin.
Dilaporkan bahawa H211 LLC telah berjaya mendapatkan hak untuk beroperasi dari sebuah pengkalan udara yang jaraknya hanyalah 10 minit dari ibupejabat Google berdekatan dengan San Francisco Bay, California. Yang lebih menarik di sini ialah pengkalan udara tersebut bukanlah sebuah pengkalan udara biasa tetapi ia adalah Moffett Field yang di miliki oleh NASA.
Tiada sesiapa boleh mendaratkan pesawat peribadi mereka di Mofett Field yang bersebelahan dengan Silicone Valley. Terlalu ramai ‘hi-tech billionaire’ yang cuba mendapatkan hak untuk mendaratkan pesawat peribadi mereka di situ, malangnya gagal disebabkan pengkalan tersebut dimiliki oleh NASA yang mempunyai peraturan yang terlalu ketat..
Anda bayangkan betapa hebatnya kedua-dua pemilik Google ini sehingga berjaya memiliki keistimewaan yang cukup sukar untuk dimiliki oleh billionaire yang lain.
Jika kita sorot kembali sejarah Google, ianya bermula dari Januari 1996 yang dijadikan projek kajian oleh Larry Page dan kemudiannya disertai oleh Sergey Brin yang mana mereka berdua merupakan pelajar PhD. Stanford University, California. Pada September 1998, mereka menubuhkan Google Inc. dan beroperasi dari garaj kereta seorang dari rakan mereka di Menlo Park, California. Pada 19hb Ogos 2004, Google Inc. di anggarkan bernilai USD$23 Billion.
Motivasi
Saya selalu membayangkan bagaimana mereka ini berjaya menempah kejayaan yang amat luar biasa. Bermula dari sebuah garaj kereta rumah rakan mereka akhirnya dalam masa 6 tahun syarikat mereka bernilai berbillion-billion dolar.
Adakah mereka ini memang telah ditakdirkan untuk lahir dan kaya?
Atau
Adakah mereka ini sebenarnya mencipta jalan kekayaan mereka sendiri?
Adakah semua ini tuah nasib atau mereka yang mencipta nasib mereka sendir?
Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, jika mereka boleh melakukannya mengapa saya tidak dan mengapa juga anda tidak boleh.
Adakah kita harus bersandar kepada nasib semata-mata atau terus menjadi mangsa program-program ‘scam’ cepat kaya…wang bergolek sambil tonton Astro…
Sedar atau tidak setiap manusia yang dijadikan Tuhan mempunyai kehebatan masing-masing, masalahnya adakah anda sedari kehebatan diri anda sendiri?
Renung-renungkan lah….
Google Chrome Cinta Pandang Pertama
October 21, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Baru-baru ini En.Google telah melancarkan pelayar web terbaru ciptaan mereka yang diberi nama Google Chrome.
Ini merupakan satu persaingan yang cukup hebat kepada pelayar-pelayar web lain seperti Internet Explorer, Firefox, Safari & Opera.
Saya telah download dan mencubanya…wow!!!..menakjubkan…
Rumusan saya…
1. Ianya lebih pantas atau laju daripada pelayar-pelayar lain (IE,Firefox,Safari & Opera)
2. Ianya lebih ringan
3. Ianya amat ringkas dan kemas
Sebenarnya terlalu banyak perkara untuk saya perkatakan mengenai Google Chrome tetapi adalah lebih baik jika anda merasai kehebatannya sendiri….zoom…
Selamat Datang
October 20, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Selamat datang saya ucapkan kepada anda dan terimakasih di atas kesudian anda melawat blog saya yang tidak seberapa ini.
Berbulan-bulan saya merancang untuk membina blog ini tetapi disebabkan kesibukan tugas mempromosikan produk-produk CJ saya serta memberi bimbingan kepada pembeli-pembeli Pakej Bimbingan Bersama Lisa ianya kerap kali terpaksa saya tangguhkan.
Nampaknya selepas Aidilfitri ini saya mempunyai sedikit ruang masa memandangkan ramai pembeli-pembeli pakej saya masih ‘demam raya’ maka inilah peluang sebaik-baiknya untuk saya membina blog yang dirancangkan sekian lama ini.
Sebenarnya saya masih tak pasti apa fokus blog saya ini. Apa yang terlintas difikiran saya sekarang ialah sebuah blog yang mengandungi pelbagai informasi terkini mengenai dunia internet seperti info terkini dari Google, info cara-cara cari duit online (tajuk yang dah basi kot..hmm..whatever lah),perisian (software) percuma, tips & trik…banyak lagi yang saya akan fikirkan nanti.
Besar harapan saya agar suatu hari nanti blog saya ini akan dapat menyalurkan pelbagai maklumat-maklumat berguna untuk anda semua.
Akhir kata, terlebih dahulu saya memohon ribuan keampunan andai kata ada apa-apa maklumat di dalam blog ini yang menyinggung perasaan atau maklumat-maklumat yang kurag tepat seperti apa yang dicoretkan.
Selamat datang sekali lagi saya ucapkan, semoga anda selesa melayari blog saya ini.
Terimakasih.
















