Duit pun ada perasaan juga
December 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Duit, duit, duit…lagi-lagi cerita duit. Anda pun mungkin dah jelak dengan cerita pasal duit.
Cerita,cerita,cerita tapi duitnya tak nampak.
Tapi…
Pernahkah anda terfikir kenapa lagi kita dok cerita…lagi kita dok fikir pasal duit ni…lagi lah duit tu tak datang datang?
Pernah tak anda lihat orang yang tak pernah cerita pasal duit yang biasanya hanya akan tersenyum sahaja bila orang lain dok bercerita pasal duit…tapi rupa-rupanya dia banyak duit?
Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda.
Saya sendiri tak tahu samada ini ialah petua atau tips atau amalan. Anda fikirlah sendiri.
Saya tak pernah fikir pasal duit.
Bukan nak tunjuk lagak tapi itulah kenyataannya.
Pada saya duit ni lagi kita kejar lagi lah dia jauh. Lagi kita dok fikir bagai nak rak pasal dia…lagi jauh lah dia lari.
Apa yang saya buat?
Mudah saja.
Saya nak duit, saya perlukan duit.
Tapi.
Saya tak fokuskan fikiran saya pada duit.
Saya fokus pada pada kerja saya, pada usaha saya.
Saya fokus pada strategi mencari duit.
Saya fokus pada perancangan dan pelaksanaan.
Itulah cara saya melakukannya.
Saya pernah berbual dengan beberapa orang pembeli pakej saya. Ada yang baru setengah jam jalankan kerja-kerja promosi dah semak akaun affiliate…’dah masuk ke belum duit ni…’.
Ada yang sampai tak boleh tidur, setiap sejam buka akaun affiliate nak tau duit dah masuk ke belum.
Jangan mendesak diri anda. Semakin anda desak semakin mudah anda kecewa.
Duit ibarat seorang wanita. Lagi anda kejar lagi jauh dia lari. Lagi anda desak lagi jauh dia pergi. Lagi anda paksa lagi hilang dia dari mata anda. Cuba anda jangan desak dia, maka dia akan mula menjeling dan tersenyum kepada anda. (teringat kembali nostalgia episod awal pertemuan saya dan suami tercinta)
Kesimpulannya, jangan terlalu berfikir pasal duit, fokus pada usaha anda, fokus pada strategi dan perancangan anda dan fokus pada pelaksanaannya.
Biarkan duit yang mengejar anda, bukan anda yang mengejar duit.
Renungkanlah.
Seperti biasa, saya menghidangkan video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.
Nikmat Kejayaan
December 20, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua,
Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog kesayangan saya ini yang seperti telah di anak tirikan kerana kesibukan saya yang ‘ekstrem’ sepanjang minggu ini.
Lagi 2 minggu penggal persekolahan 2009 akan bermula.
Tahun 2009, 5 orang anak saya akan memulakan persekolahan. 4 di sekolah rendah dan 1 di sekolah menengah.
Setiap seorang saya memperuntukkan RM400 untuk membeli pakaian,kelengkapan sekolah dan pelbagai yuran yang dikenakan (kalau baca senarai yuran pihak sekolah boleh kelabu biji mata).
Ini bermakna saya memperuntukkan RM2000 untuk memastikan kesemua anak-anak saya akan dapat memulakan persekolah dengan sempurna.
Sekiranya situasi ini berlaku pada tahun 2002, pasti saya sedang menangis sekarang.
Manakan tidak, ketika itu keadaan kewangan kami amat meruncing, di mana mahu cari RM2000 sedangkan RM200 pun pasti ‘pecah tabung’.
Tidak dapat saya gambarkan jika 5 anak saya mahu bersekolah pada ketika saya tidak mampu memberi kesempurnaan kepada mereka.
Syukur Alhamdulillah
Tidak sesia usaha & pengorbanan saya selama ini, selama 6 tahun ini berjuang dan terus berjuang di dalam dunia perniagaan internet.
Inilah nikmat sebenarnya.
Di saat-saat sebegini, disaat-saat saya wajib memberikan kesempurnaan kepada anak-anak saya , saya memiliki keupayaan untuk menyempurnakannya hasil dari rezki yang melimpah-limpah dari Yang Maha Pemurah.
Bagaimana jika 6 tahun dulu saya masih tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib kami sekeluarga. Pasti di saat-saat sebegini silap-silap en.Alalalalong akan menjadi ‘sahabat’ saya. RM2000 bukan jumlah yang kecil di waktu ekonomi yang tidak stabil.
Saya menyeru kepada anda, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.
Terutama untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak kecil, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik dan cemerlang, jangan sampai di saat anak-anak anda memerlukan kesempurnaan tetapi anda gagal memberikannya. Ia akan menghancurkan hati mereka. Renungkanlah.
**hari ini Mawi kahwin, gilang-gemilang. Agaknya jika dahulu dia tidak cuba mengubah nasib dengan menyertai AF3 tetapi terus menjadi DJ kompleks, adakah hari ini hari yang penuh gilang gemilang di dalam hidup beliau akan terjadi? atau mungkin hari ini beliau masih memutarkan CD di kompleks? Inilah dinamakan nikmat kejayaan.
Anda perlukan muzik untuk menghidupkan jiwa perjuangan di dalam diri anda? Hayatilah sentuhan violin Vanessa Mae - Art of War ini…hayati sambil memejamkan mata anda…
Jessica Cox Tiada Alasan
December 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat.
Setelah bercuti selama 4 hari dan seperti biasa saya mula sibuk kembali dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan terutama menyiapkan sistem affiliate untuk Pakej Video saya, dijangkakan ia akan mula dibuka kepada umum pada minggu hadapan.
Seperti biasa juga saya membuka semula Bantuan Online menerusi YM untuk kesemua pembeli Pakej Bimbingan saya.
Baiklah.
Topik kali ini ialah ALASAN.
Bila bercakap tentang duit dan kaya semua orang akan ‘excited’.
Bila ditanya samada anda mahu kaya atau tidak, tiada siapa yang akan mengatakan tidak.
Tetapi.
Bila disuruh berusaha dan bekerja keras, pelbagai ALASAN akan mula kedengaran.
“ala kak…leceh lah nak buka akaun CJ ni…line internet saya slow sangat…”
“ala kak…saya tak pandai BI lah…takde ke cara yg senang…”
“ala kak…saya tak pandai lah buka akaun Gmail..akak tolong buka kan bole tak…”
Alahai.
1001 macam alasan.
Itu tak kena ini tak kena, ada sahaja yang tak kena.
Kebetulan hari ini saya terbaca satu artikel di Harian Metro yang membuatkan saya sangat teruja. Ianya mengenai Jessica Cox.
Baiklah, jom kita berkenalan dengan JESSICA COX.
Dia seorang gadis berumur 24 tahun.
Dilahirkan di Tucson, Arizona.
Dia boleh memandu kereta.
Dia boleh bersolek dan menjadi semakin jelita selepas itu.
Dia ada talipinggang hitam Taekwondo.
Dia pandai berenang.
Dia pandai menari.
Dia boleh shampoo rambutnya sendiri.
Dia juga ada lesen penerbangan memandu pesawat persendirian.
Dan.
Yang paling penting.
Jessica Cox.
TIDAK ADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN!!!!!
Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak berusaha dan berjaya menjadi seorang wanita yang hebat.
Dengan menggunakan kedua belah kakinya dia juga mampu mengendalikan pesawat penerbangan persendirian.
Boleh kah anda lakukannya?
Apakah ALASAN anda kali ini pula?
Seperti biasa saya bawakan kepada anda muzik video untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
DIA, Anda dan Niat
December 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria semua.
Kesibukan membataskan waktu untuk saya menulis. Jadual harian terlalu padat apatah lagi semakin ramai ‘pelajar’ yang perlu saya bimbing.
Kali ini saya akan menulis mengenai mengenai hakikat sebenar punca kegagalan sesuatu perkara yang kita usahakan dan juga kesilapan pemikiran kita.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Fathi kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’ pada 28.11.2008 (Jumaat) untuk projek video Youtube beliau. Beliau baru sahaja membeli dan mendapatkan bimbingan saya melalui Pakej Video saya.
Saya memilih untuk menyiarkan kisah beliau seperti apa yang anda baca di atas ialah kerana sebelum ini saya pernah secara berseloroh mengatakan yang beliau perlu ‘mandi bunga’ jika video beliau ditonton oleh berjuta orang tetapi gagal menghasilkan apa-apa pendapatan.
Alhamdulillah, baru beberapa klik yang beliau dapat ianya telah berjaya menghasilkan komisen pertama untuk beliau (tak perlulah mandi bunnga…lol!).
Video beliau baru sahaja ditonton beberapa ratus orang sahaja maka tidak mustahil apabila berjuta-juta penonton menonton video beliau maka pendapatan yang bakal beliau hasilkan Insya Allah akan berlipat ganda.
Baiklah,
Kembali kepada topik entri ini.
Semenjak Pakej Video saya dilancarkan saya menerima banyak pertanyaan melalui email & YM setiap hari.
Anatara soalan-soalan yang paling popular ialah :
“Kak Lisa…berapa ribu RM yang akan saya dapat kalau buat ikut teknik Kak Lisa ni?..”
“Kak Lisa…saya dah lama cuba cari duit tapi gagal…apa jaminan Kak Lisa yang saya boleh berjaya jika guna teknik Kak Lisa?…”
Sebenarnya, kedua-doa soalan di atas jika anda tanyakan kepada Irfan Khairi malah Bill Gates sekalipun mereka tidak akan mampu memberi jawapan yang tepat.
Ini kerana, jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah bergantung kepada DIA dan Anda.
DIA ialah Yang Maha Agung. DIA yang menentukan rezeki anda.
Anda pula selain daripada harus berusaha, anda wajib berkomunikasi dengan DIA. Anda harus selalu memohon agar apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan.
Siapa saya yang boleh memberi jaminan atas rezeki anda? Saya hanya manusia biasa. Tugas saya ialah membimbing dan membantu anda. Saya tidak boleh memberi jaminan apa-apa.
Jaminan ada pada anda. Jika anda rajin belajar dan praktikkan ilmu-ilmu diajar dan bertawakal kepada DIA maka tidak mustahil anda akan berjaya.
Jika anda malas baru buat kerja sedikit sudah merungut susah, bagaimana anda boleh berjaya?
Jaminan ada pada diri anda sendiri.
Sekarang saya kongsikan lagi satu topik iaitu NIAT.
Saya pernah berbual dengan ramai orang yang mengatakan mereka gagal memperolehi apa-apa kejayaan atau pendapatan melalui internet walaupun telah bertahun-tahun berusaha tetapi mengapa pula saya boleh berjaya.
Jawapan saya yang pertama ialah saya telah belajar dan berusaha selama hampir 6 tahun di dalam bidang ini. Itu salah satu faktor kejayaan saya.
Jawapan saya yang kedua pula, cuba anda renungkan kisah di bawah ini :
Suami saya pernah berborak di kedai mamak di Jalan Abdullah Tahir, JB pada satu malam dengan seorang kawan beliau yang aktif dalam MLM (direct selling).
Kawan beliau meluahkan perasaan kecewa beliau disebabkan hampir 3 tahun dia berkecimpung di dalam bidang MLM tapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan.
Beliau mempunyai isteri dan 4 anak.
Kehidupan keluarga beliau boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh isteri beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan. Ini disebabkan beliau masih gagal memperolehi pendapatan yang baik dari MLM, jika ada pun setakat beberapa ratus RM sahaja sebulan.
Beliau mengeluh dan mengeluh mengenangkan nasib malang beliau walaupun siang malam beliau berusaha untuk berjaya.
Jika anda yang tinggal di Johor Bahru anda pasti tahu yang Jalan Abdullah Tahir merupakan antara pusat hiburan malam di JB. Terdapat banyak karaoke,disko dan pub di jalan tersebut.
Semasa sedang berbual dengan suami saya, kawan suami saya sempat memerhatikan gelagat orang ramai disekeliling. Terdapat ramai orang terutama wanita yang mencari hiburan malam di kawasan itu.
Beliau berkata kepada suami saya,
“kau tengok amoi-amoi seksi tu Mie…kalau lah aku kaya nanti…tiap-tiap malam aku usung diorang ni pi disko…sekarang ni diorang tak heran kat aku sebab aku sengkek…kalau aku dah pakai BMW nanti…gerenti berbaris amoi-amoi ni nak ikut aku..” ujar beliau sambil ketawa.
Suami saya hanya tersenyum saja.
Baiklah, apa moral cerita di atas.
NIAT.
Niat ialah Doa kita kepada DIA.
Apa sahaja niat kita sebelum melakukan sesuatu adalah sangat penting sebelum ianya dimakbulkan oleh Yang Maha Agung.
Jika kita mempunyai tanggung jawab kepada keluarga tetapi kita mempunyai niat yang ‘melencong’ adakah usaha kita itu akan diberkati?
Jika kita mempunyai tanggung jawab ke atas ibubapa tetapi kita berniat untuk ‘berjoli sakan’ jika kita banyak duit, adakah usaha kita akan diberkati?
NIAT memainkan peranan sangat penting di dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.
Tidak mustahil jika anda berusaha keras siang malam 24 jam tetapi usaha anda gagal dan sia-sia jika apa yang anda usahakan itu tidak diberkati disebabkan NIAT ‘melencong’ yang telah anda tanamkan.
Saya sendiri mempunyai keluarga yang besar. Anak saya 6 orang. Saya ada ibu dan ibu mertua yang masih hidup. Setiap hari, apabila saya membuka komputer ini saya akan bertafakur sebentar.
Saya akan berkomunikasi dengan DIA iaitu Tuhan saya.
Saya katakan pada DIA agar DIA mempermudahkan kerja-kerja saya dan mempermudah rezeki saya kerana semua ini saya lakukan untuk keluarga saya. Saya ingin berikan segala kemudahan dan kesenangan untuk anak-anak saya. Saya ingin membalas semula kesusahan dan kepayahan ibu & mertua saya yang membesarkan saya & suami dengan memberikan mereka keselesaan dan kesenangan.
Itulah NIAT saya setiap hari sebelum saya memulakan kerja.
Alhamdulillah, selama 6 tahun ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi DIA telah membuka jalan untuk saya seluas-luasnya.
Renungkan lah.
Ubah semula niat anda jika sekiranya ianya telah jauh ‘melencong’.
Lakukan kerja-kerja anda dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Jiwai apa saja usaha yang anda lakukan. Tawakal kepada DIA.
Duit Dari Internet - Ashley Qualls Membuktikannya
November 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Semalam saya menghabiskan masa hampir 2 jam berdebat dengan seseorang yang mempertikaikan kebenaran bahawa internet mampu memberikan kekayaan. Menurut beliau kekayaan yang boleh diperolehi melalui internet hanyalah mitos dan karut semata-mata.
Beliau mengatakan bahawa beliau ialah seorang pelayar internet tegar yang telah melayari internet lebih dari 10 tahun dan beliau masih tidak jumpa apa-apa program atau cara yang 100% benar menghasilkan pendapatan atau kekayaan dari internet. Berdozen-dozen program dan ebook telah beliau sertai atau beli tapi masih gagal menghasilkan apa-apa sebaliknya wang beliau yang terbang.
Puas saya cuba menerangkan kepada beliau bahawa andaian beliau itu silap sebenarnya tapi nampaknya beliau sudah terlalu skeptikal, al-maklumlah 10 tahun sebagai seorang pelayar internet tegar.
Oleh itu saya menjanjikan beliau saya akan membentangkan satu kes kajian (case study) untuk beliau dan anda semua renungkan.
Kes Kajian : Ashley Qualls
Siapakah dia?
Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu www.whateverlife.com. Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun www.whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.
Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan.
Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut?
Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?
Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.
Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
- Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
- Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
- Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya kepada sumber keuntungan
- Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
- Jadi diri anda sendiri
Semoga anda dan ‘saudara’ yang berdebat dengan saya semalam akan mendapat sedikit iktibar dan panduan dari kes kajian Ashley Qualls ini.
Seperti biasa, saya akan menghidangkan satu lagi klip video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.
Duit dari internet - Senang & Susah
October 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Jika saya kata sebenarnya tak susah mana pun nak cari duit di internet pasti ramai yang kehairanan atau mungkin ada yang mendengus (lol!)
Tapi jika saya kata bahawa terlalu ramai yang gagal mencari duit di internet walaupun beribu atau beratus RM telah terbang pasti ramai yang mengangguk…kan?
Sebenarnya anda belum 100% gagal lagi, apa saja yang anda lalui dan alami merupakan antara proses-proses perjalanan di dalam perjuangan yang panjang.
Menghasilkan kejayaan merupakan satu perjuangan.
Jangan tutup mata anda dengan imej wang ringgit. Jangan jadikan RM sebagai ‘kiblat’ anda.
Jadikan ini sebagai perjuangan.
Apabila saya sebut perjuangan maka ianya memerlukan strategi, ilmu dan pengalaman.
Bukan mudah anda boleh mendapatkan wang dari orang lain. Tanpa strategi dan ilmu yang betul bagaimana orang mahu memberi anda wang?
Jika anda ingin menghasilkan pendapatan melalui jualan ebook maka anda perlu mempunyai strategi penjualan ebook yang berkesan.
Jika anda ingin berjaya menghasilkan pendapatan sebagai affiliate(ejen) maka anda perlu mempunyai strategi dan teknik-teknik promosi yang berkesan.
Buangkan angan-angan.
Lakukan perancangan dan jalankannya.
Wang tidak akan datang bergolek-golek kepada anda ketika anda sedang menonton Astro 24 jam. Itu semua angan-angan yang lebih melampau dari Mat Jenin.
Realistik. Tanpa usaha & kebijaksanaan, mimpi hanya akan tinggal mimpi.
Duit Duit Di Mana Kau Duit
October 22, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Ada seorang rakan pernah bertanya kepada saya, kenapa dan mengapakah dia masih gagal untuk mendapatkan duit dari internet walaupun telah berusaha keras.
Sebenarnya terdapat pelbagai punca berlakunya masalah ini.
Salah satunya ialah ‘adakah anda berusaha dengan cara yang betul?‘
Tidak guna jika kita bekerja keras siang malam 24 jam jika kita menggunakan cara yang salah. Ianya tidak akan memberikan hasil.
Untuk mengatasi masalah sebegini, caranya mudah sahaja.
Lakukan ujian..
Caranya ialah dengan melakukan ujian ke atas cara atau kaedah yang kita gunakan. Buat dan lihat hasilnya di dalam tempoh tertentu. Jika tiada hasil yang memberangsangkan, maka anda tamatkan penggunaan cara atau kaedah tersebut.
Ubah cara atau kaedah tersebut dan lakukan semula ujian. Jika ianya mendatangkan hasil ini bermakna cara atau kaedah yang terbaru itu boleh diguna pakai.
Jika masih gagal, anda ubah atau cari cara atau kaedah yang lain dan lakukan ujian sekali lagi sehingga anda berjumpa cara atau kaedah yang paling tepat.
Contoh, jika sebelum ini anda cuba mencari duit dengan cara mempromosikan sesuatu produk melalui Yahoo Groups tetapi ianya tidak berhasil maka anda ubah cara promosi tersebut kepada Google Groups pula dan lihat hasilnya dan jika masih tidak berhasil maknanya promosi melalui Groups adalah tidak berkesan. Oleh itu anda cuba cara lain pula seperti promosi melalui tapak social network pula seperti Myspace dan lihat hasilnya bagaimana.
Jika berjaya maka anda teruskan, jika gagal maka anda cuba cara yang lain pula.
Kesimpulannya di sini, jika anda gagal dengan sesuatu cara itu maka hentikan sahaja dan cuba yang lain. Jangan teruskan dan berharap agar ianya memberikan anda ‘magik’. Ini hanya akan membuang masa anda sahaja.
Duit dari internet - Realiti atau fantasi
October 21, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
‘Cari duit di internet’
Ayat keramat yang terlalu kerap kita baca di internet.
Realiti atau fantasi?
Ianya amat mudah untuk dihuraikan.
Realiti bagi mereka yang benar-benar mempunyai jiwa seorang pejuang, yang sanggup mengharungi apa jua cabaran dan rintangan.
Fantasi bagi mereka yang berangan-angan seperti Mat Jenin. Mereka yang mengejar benda yang tak pasti. Mereka yang tidak mempunyai jiwa seorang pejuang. Mereka yang dok cuba sana cuba sini. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Untuk berjaya mencari duit di internet sebenarnya bukanlah ditentukan oleh program yang anda sertai sebaliknya ia ditentukan oleh sifat dan minda anda sendiri.
Apabila sifat dan minda anda tidak betul maka itulah sebabnya anda mudah diperdayakan oleh ‘scammer-scammer’ yang bertujuan untuk menipu wang anda sahaja.
Tak ada program di dunia yang boleh berikan anda kekayaan atau pulangan ratusan ribu ringgit dalam masa yang singkat terutamanya jika anda hanya seorang ‘newbies’ yang tak kenal apa itu dunia perniagaan internet sebenar.
Oleh itu, berhati-hatilah semasa membaca pelbagai iklan-iklan cepat kaya di internet.




















