Software DVD Burner Percuma
October 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Software Percuma
Jika anda ingin menyimpan fail-fail yang besar seperti video dan audio, cara yang terbaik ialah dengan menyimpannya ke dalam DVD. Kebanyakan DVD mempunyai storan kapasiti sehingga 4.3GB.
Untuk menyimpannya anda perlu melakukan proses ‘BURN’.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu software yang 100% percuma untuk anda melakukan proses ‘dvd burn’ tersebut. Sebelum itu pastikan komputer anda telah dilengkapi dengan pemacu DVD Writer.
Saya telah beberapa kali melakukan proses ‘burn’ menggunakan software ini dan ianya memberikan hasil yang sama dan berkualiti dengan software yang berbayar.
Untuk proses ‘burn’ fail video sebesar 4 GB ia mengambil masa kurang dari 30 minit untuk menyelesaikannya.
Saya beri 4 bintang untuk software ini.
Orbit Downloader - Download Manager Terpantas
October 22, 2008 by lisahilmi
Filed under Software Percuma
ORBIT DOWNLOADER merupakan antara download manager terbaik pernah saya gunakan (masih digunakan sehingga sekarang).
Antara cirri-cirinya yang sangat saya sukai ialah kelajuan download yang cukup memuaskan. Saya pernah mencapai kelajuan muat turun sehingga 400kbps menggunakan talian Streamyx 1MB.
Selain dari itu ianya mempunyai fungsi untuk download video terutamanya video format flash yang terdapat di blog/website.
Secara keseluruhannya, saya berikan 4 bintang untuk perisian ini.
Ccleaner Pembersih Sistem Komputer Anda
October 21, 2008 by lisahilmi
Filed under Software Percuma
Ccleaner merupakan perisian percuma yang berfungsi untuk mengoptimumkan sistem komputer anda dengan cara melakukan pembersihan menyeluruh ke atas sistem hard disk anda.
Ia akan membuang ke semua fail-fail yang tidak berguna di dalam sistem anda dan sekaligus akan melancarkan atau melajukan sistem Windows dan juga mengoptimumkan penggunaan ruang hard disk anda.
Ia juga berfungsi untuk membersihkan jejak aktiviti online anda seperti ‘Internet history’.
Terdapat juga fungsi tambahan iaitu ‘Registry Cleaner’ yang berfungsi membersihkan sistem registry komputer anda.
Keunikan software ini ialah ianya bekerja dengan pantas dan software ini adalah amat ringan.
Saya telah menggunakan software ini untuk mengoptimumkan sistem Windows saya dan setakat ini ianya memberikan persembahan yang memuaskan.







