Tip bagaimana mempercepatkan proses menutup Windows (windows shutdown)
October 28, 2008 by lisahilmi
Filed under Pelbagai Tip
Jika komputer anda mengambil masa yang agak lama untuk ditutup, di sini ialah tip ubahsuai ke atas sistem registry anda yang boleh membantu mempercepatkan proses menutup komputer anda.
Klik butang START
Klik butang RUN
Taip ‘regedit’ di dalam kotak yang muncul
Kotak Registry Editor akan muncul
Klik HKEY_LOCAL_MACHINE
Klik SYSTEM
Klik CURRENT CONTROL SET
Klik CONTROL
Sekarang anda perhatikan kotak sebelah kanan dan klik kekunci “WaitToKillServiceTimeout”
Tukar nilai di dalam kotak tersebut kepada 200
Tutup Registry Editor tadi.
Restart semula komputer anda.
Selepas ini anda akan melihat masa untuk anda menutup komputer anda akan menjadi lebih singkat.
Selamat mencuba.
Tip Meningkatkan Kelajuan Firefox 3
October 22, 2008 by lisahilmi
Filed under Pelbagai Tip
Firefox 3 merupakan antara pelayar web (web browser) yang terpantas, namun begitu masih terdapat ruang untuk anda meningkatkan keupayaannya.
Taip ‘about:config’ di dalam kotak alamat di browser Firefox 3 anda.
Ubah entri seperti berikut :
Setkan ‘network.http.pipelining‘ kepada ‘True’
Setkan ‘network.http.proxy.pipelining‘ kepada ‘True’
Setkan ‘network.http.pipelining.maxrequests‘ kepada 8. Ini bermakna browser akan membuat 8 permintaan (request) di dalam satu masa.
Akhir sekali, klik-kanan di mana-mana bahagian dan pilih New > Integer. Taip “nglayout.initialpaint.delay” dan setkan nilai kepada ‘0′. Nilai ini merupakan masa menunggu untuk browser anda bertindak di atas maklumat yang diterima.
Dengan melakukan sedikit modifikasi seperti di atas, ianya akan meningkatkan lagi kelajuan browser Firefox 3 anda. Selamat mencuba.






