1430H & 2009 berhijrahlah, berazamlah

January 2, 2009 by lisahilmi  
Filed under Info Terkini

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan.

1429H & 2008 telah kita tinggalkan.

Adakah tahun lepas memberikan apa-apa kenangan dan nostalgia yang indah buat anda?

Dan apakah pula yang bakal anda tempuhi pada tahun ini?

Adakah azam kejayaan anda tahun lepas dan sebelumnya masih belum tertunai lagi?

Maka oleh itu…berhijrahlah…berazamlah…

Jika sebelum ini anda seorang yang negatif maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang positif

Jika sebelum ini anda seorang yang  pesimis maka berhijrahlah…berazamlah yang pada tahun ini anda akan menjadi seorang yang optimis

Lakukanlah penghijrahan di dalam jiwa anda kerana jiwa yang positif dan jiwa yang optimis merupakan syarat utama untuk mengecapi kejayaan hidup.

Usah meletakkan azam tinggi melangit jika asasnya tidak anda kukuhkan terlebih dahulu.

Semoga 1430H & 2009 ini akan menjadi tahun penghijrahan anda yang tidak akan anda lupakan selama-lamanya.

Amin.

.

Seperti biasa saya hidangkan untuk anda muzik video dan kali ini ia merupakan sentuhan saxaphone oleh Kenny G bertajuk ‘Loving You’ sebagai hadiah tahun baru dari saya buat anda yang sudi melawat laman blog saya ini dan memberikan sokongan buat saya meneruskan perjalanan blog ini. Hayatilah kemerduan alunan muzik saxaphone dari Kenny G khas untuk anda.

YouTube Preview Image


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

10 Responses to “1430H & 2009 berhijrahlah, berazamlah”

  1. shamxo on January 2nd, 2009 6:12 pm

    Hijrah juga dituntut agama Islam.Dari kurang baik kepada yang baik.Dan dari baik eloklah menjadi yang terbaik.Semoga tahun 2009 ini bakal menjadi satu tahun penghijrahan kepada kita semua supaya menjadi yang terbaik dan diredhai Allah..Amin

  2. Muhammad Taufik Md Ghazali on January 2nd, 2009 7:05 pm

    Hijrah kearah kesaudaraan amat penting bagi umat Islam akhir zaman ini. Marilah kita sama-sama berhijrah seperti apa yang Rasullallah S.A.W. lakukan.

  3. jaws on January 2nd, 2009 8:10 pm

    ya betul tuh..

  4. pejo on January 2nd, 2009 9:04 pm

    hijrah itu perjuangan yg tak berkesudahan….

  5. PakarHowTo on January 2nd, 2009 11:27 pm

    dalam tahun 2009 ni saya nak buat penghijrahan terutamanya dalam 3 perkara ;

    #1- hijrah dari “BANYAK BERCAKAP” kepada “BANYAK BERTINDAK”
    #2- hijrah dari sikap “SUKA BERTANGGUH” kepada “BERTINDAK SEGERA”
    #3- hijarah dari sikap “SEMUA NAK BUAT” kepada “FOKUS PADA SATU”

    semoga saya dapat tunaikan azam saya. amin.

    to Kak Lisa –> terima kasih banyak atas segala ilmu yang dicurahkan.
    to all —> ALL THE BEST!!!

  6. panduan cb on January 3rd, 2009 2:04 pm

    Salam,

    Harap dalam tahun 2009 ni, saya dapat berhijrah ke arah kebaikan setiap hari walaupun sikit. Nak kukuhkan yang asasnya dulu. Mudah2an kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.

  7. sHam on January 5th, 2009 9:26 am

    Salam..

    Sememangnya sebagai org islam kita patutnya berhijrah dari segala perkara buruk kpd yg perkara yg baik2.INGAT..kematian sentiasa sgt hampir dgn kita..dan perkara yg lepas semakin jauh meninggalkan kita…

    Senyum Selalu

  8. Muzri-KamrieCorp on January 7th, 2009 12:23 am

    insyallah….smoge kite sam2 berhijrah..dr yg buruk kpd yg baik…yg baik kepada yg lebih baik..insyallah….semoge kite semua success hendak nye….
    Selamat Tahun baru 2009 diucapkan kepade semua….:D

  9. eZad on January 16th, 2009 3:02 pm

    Terbaik untuk semua dan Puan Lisa :)

  10. halika on January 16th, 2009 8:41 pm

    harap2 nak berjaya ,tapi tak ikut salurannya…jangan harap kapal belayar atas daratan…>> kata 2 orang ariff.pinjam jer…semoga jadi pedoman kita.selamat berjaya pada semua untuk tahun 2009 ni…
    http://anjungrezki.blogspot.com/

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!