Di mana saya sekarang?

March 21, 2009 by lisahilmi  
Filed under Info Terkini

Salam ceria buat semua,

Saya kerap menerima email pertanyaan sebegini….”Kak Lisa..kenapa tak update blog…ke mana menghilang?”

Sebenarnya bermula dari pertengahan bulan Februari jadual kerja saya terlalu (extreme) padat dan 90% dari masa tersebut saya habiskan di luar negeri iaitu di Jakarta dan sekarang di Manila pula.

Ini disebabkan saya sibuk menguruskan satu projek mega yang nilainya mencecah 7 angka.

Jika ada yang bertanya…”projek apa tu?”….maka jawapan saya….”biarlah rahsia….”

Namun begitu saya tetap cuba meluangkan masa 2-3 jam sehari untuk berYM dengan pembeli2 pakej bimbingan Youtube saya.

Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah satu renungan motivasi.

Pada tahun 2002 saya cuma seorang surirumah dan bekas seorang kerani sykt. guaman tetapi dengan semangat yang kental dan usaha tanpa henti menimba ilmu bidang IM ini dan sekarang pada tahun 2009 dengan keizinan yang Maha Kaya hampir semua impan saya sudah terlaksana.

Limpahan rezeki yang saya terima sekarang 100% bermula dari penglibatan saya di dunia perniagaan internet (online) dan dari situ saya kembangkan ke pelbagai perniagaan offline yang lain.

Saya cuma seorang lepasan SPM pangkat 2 sahaja dan jika saya berjaya melangkah sehingga ke tahap ini, mengapa tidak anda?

Bukan segulung ijazah mejadi penentu masa depan anda tetapi semangat,sikap & keyakinan diri beserta keberkatan dari Yang Maha Agung adalah penentu sebenar hala tuju hidup anda.

Tahukah anda terdapat ramai billionair dunia yang tidak pernah bersekolah?

Renungkanlah….

Seperti biasa saya hidangkan satu video muzik untuk merangsangkan minda anda…

YouTube Preview Image

 Powered by Max Banner Ads 

Comments

27 Responses to “Di mana saya sekarang?”

  1. hazman aka species1980 on March 22nd, 2009 10:54 am

    alhamdulillah….

    Murah betul rezeki akak…..

  2. azuan on March 22nd, 2009 10:41 pm

    salam kak
    saya tertarik dgn produk ni dan tetimoni pun yg ada yang berjaya.jadi insyaallah saya akan beli produk ni dan fokus serta usaha.sama2 kita cari duit tambahan memandangkan ekonomi pun x menentu

  3. aspa lela on March 23rd, 2009 2:06 pm

    akak..akak memang best.saya rase orang ramai terutamanya kaum hawa perlu jadikan aka sebagai contoh!!!!

  4. pakar clickbank on March 24th, 2009 4:36 pm

    Pertama saya ingin memberi sokongan 100% kepada Kak Lisa dari pertama kali chat dengan Kak saya sudah mendapat motivasi yang begitu positif ,sekarang saya sebulan sudah dapat mendapat pendapatan USD500 ,bukan banyak tetapi selama ini ( 10 bulan terjun dunia online ) saya yakin diri sendiri saya boleh buat lebih baik

    Kedua saya beri tahniah kepada kak sebab bahaya ni sudah ke Indonesia dan Manila ,saya juga selalu ke Indo dan Manila ,tujuan untuk interview dengan pekerja-pekerja asing ,tapi macam kak Lisa lebih power ni …

  5. esmat on March 24th, 2009 10:04 pm

    Allhamdullillah syukur…akhirnya saya diketemukan dengan website lisahilmi dot com…walaupun belum membeli dan mencuba produk dari kak lisa tapi jiwa saya terpanggil panggil untuk mencuba…maklumlah saya sebenarnya telah lama mencari dan mencari sesuatu dalam dunia internet ni tapi banyak kegagalan yang saya lalui….tetapi setelah saya membaca beberapakali diruangan ini saya menjadi bersemangat semula untuk memulakan usaha…

    kenapa saya katakan sedemikian…kerana tedapat banyak motivasi diri yang saya rasakan memang patut orang seperti saya yang sentiasa terkapai kapai dalam dunia internet ini harus mendalami ilmu sebelum berjaya…saya sungguh kagum dengan kesabaran dan kesungguhan kak lisa dalam mencapai impiannya dalam hidupnya…di tambah pula dengan testimoni dari para pelanggan kak lisa yang sudah menampakkan hasil…saya sangat sangat teruja..

    jadi kesimpulannya saya mesti mencuba semula di dalam bidang walau gagal beribu kali demi mencapai impian selama hidup yang sementara ini

  6. ikhwan on March 25th, 2009 1:32 am

    menjadi juga teknik akak tu yer….bile plak nak jadi guru saya erk..hehee

  7. khalifah on March 25th, 2009 1:44 am

    moga akak terus sihat n ceria sekeluarga amin3x

    memang mantap teknik video akak..

  8. Richie on March 25th, 2009 3:38 am

    tabik spring dengan puan!

  9. esmat on March 25th, 2009 11:50 pm

    Allahamdullillah sekali lagi…semalam anta komen arini terus beli pakej ni…tghari bank in duit petang balik kerja dah bleh download semua pakaej tutorial yang dijanjikan…terima kasih kak…walaupun baru sempat tengok tutorial part 1 yang mana tiga bahagian kesemuanya kesimpulan yang saya dapat memang SUPERB!!!….tahniah Kak Lisa….memang jelas penerangannya diibratkan kalau bunyi enjen motor Harley bunyi sebijik sebijik…jelas dan mudah difahami…Tahniah juga kepada en.Hilmi kerana penerangan anda yang jelas dan lancar memang kene masanya sebab saya ni memang agak blurr…

    Dalam hal ni memang saya nak buat scara perlahan lahan mengikut kefahaman saya sendiri…kerana saya tak nak gopoh untuk melakukan terus…apa yang penting untuk permulaan ini saya nak fahamkan betul betul cara dan tunjuk ajar yang diberikan…saya juga amat berterimakasih kepada semua testimoni yang berjaya yang menasihatkan supaya kita lebih FOKUS daripada hanya memikirkan DUIT semata mata…kerana bagi saya DUIT akan datang sendiri sekiranya kita melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan niat yang betul…

    Sekian untuk malam ni komen saya…marilah kita sama sama berdoa supaya segala hasil kerja kita membuahkan hasil satu hari nanti..Assalamualaikum

  10. pcuserz on March 29th, 2009 12:18 pm

    tahniah buat puan lisa.
    ps.: tgh mempraktikkan pakej puan lisa.

  11. omecool20 on March 31st, 2009 11:24 am

    Tahniah puan. Kisah puan memang inspirasi pd saya. :-)

  12. ayen on April 11th, 2009 1:25 pm

    Salam Puan Lisa,
    Saya amat tertarik dengan website Puan. Memang excellent. Disamping itu Puan mempromosikan product You Tube, lain daripada IM lain yang hanya menjual panduan E-Book.

    Saya sedang mencari peluang menjana pendapatan dari Internet dan masih perlu banyak belajar.Walaupun saya sudah 4 tahun tidak bekerja dan menghasilkan pendapatan melalui perniagaan internet networking, peluang perniagaan internet adalah satu peluang untuk dekatkan diri kepada orang ramai.

    Saya akan membeli panduan puan dan sebelum itu,…. saya ingin minta tunjuk ajar Puan, apa langkah-langkah & software apa yang kena pakai untuk buat website seperti Puan ? Jika ada pengerasnya pun takpe bagitau.

    Setakat ini setiap minggu saya ada membeli e-book yang byk ditawarkan di internet tetapi tiada berpeluang untuk berinteraksi bagaimana nak membuat laman web dan permintaan tidak dilayan.

    Semoga Puan reply permintaan saya. Terima kasih. :-)

  13. nanie on April 23rd, 2009 2:32 pm

    saya ni tak tahu apa-apa pasal bisnes internet ni,teringin nak ubah gaya hidup,rasa mcm nak beli je pakej ni tapi takut tak menjadi pasal saya tak pandai bab-bab komputer ni,harap puan lisa boleh bantu saya kerana dah lama saya ingin menambah pendapatan sampingan keluarga saya krn saya hanya seorang surirumah sepenuh masa.

  14. shahnas on May 8th, 2009 12:08 pm

    akak,….
    nape ClickBank tak de tutorial mcm cj.com??????

    =(
    =(

  15. Fazli S on May 9th, 2009 8:23 pm

    Fuhh.. memang meletop biz akak ni ..

    Tahniah

  16. abgzol on May 16th, 2009 2:17 pm

    terima kasih di atas kata2 motivasi & perkongsian kejayaan pn lisa. Mungkin disebabkan keikhlasan utk berkongsi ilmu ler pendorong kpd kejayaan pn lisa sehingga sekarang..semoga lebih ramai IM yg berkaliber akan lahir hasil daripada sessi coaching & produk pn..

  17. Fazli M on May 18th, 2009 8:41 pm

    sungguh hebat tak terkata !!

  18. shahrul on May 23rd, 2009 10:40 am

    Projek 7 angka, wow!

  19. hanna on May 24th, 2009 5:09 pm

    salam kak lisa…
    moga sihat & ceria sentiasa…

    saya dah pun membeli semua program yg kak lisa tawarkan.. disebabkan terlalu bayak sangat kerja kat ofis dan banyak sangat kerja lain, lepas sebulan membeli baru la dapat study betul2 semua buku dan video yang saya beli dari kak lisa..

    mula2 dulu saya baca gitu2 je.. faham pun gitu2 je. teknik terawal yg saya cuba, teknik youtube. hehehe.. best teknik ni. lepas try (main2 dulu).. saya tengok view tu ramai.. and ade yg klik..and ade yg beli.. wahh.. mase tu baru terfikir..ni baru main2, belum betul2 lagi.. mase tu baru la semangat nak study semua and bila dah khatam ni, semangat nak apply..

    betul la kata kak lisa… kalau nak kan sesuatu, mesti belajar mcmane nak dapatkannye dan jangan putus asa.. dalam kes saya, saya bersyukur sebab dah jumpa guru yg betul2 boleh mengajar… saya kata mcm ni sebab dah banyak kali saya beli e-book dan bila apply, semua x menjadi..last2 rugi.. kalau nak tau saya dah rugi hampir 2 ribu untuk belajar teknik2 IM ni.. tapi, lepas beli pakej2 kak lisa ni, sampai ke hari ni belum melabur sesen pun untuk apply ape yang di ajar..sebaliknye dah dapat komisen sepertimana yang diharapkan… syukur alhamdulillah.

    lastly, pada newbie, belajarlah dengan guru yang betul.. jimat duit, jimat masa.. and thank you very much pada kak lisa dan husband yang telah menyediakan pakej2 berilmu ni..

  20. zuzila on June 5th, 2009 7:24 am

    salam,
    sungguh memotivasikan sekali berjumpa seorang wanita seperti kak lisa ini. do the best

  21. Atan on June 14th, 2009 11:44 pm

    Syabas,
    Semoga segala yang anda usahakan
    akan memdapat keberkatan.
    Teruskan usaha murni anda.
    Maju dan terus maju untuk membimbing
    anak watan.

  22. Amin Johar a.k.a AJ on June 25th, 2009 2:21 pm

    Assalamualaikum, Hi kak Lisa,
    amboi, sibuknya kak. Sampai tak ada masa nak update info baru kat blog ini ye..

    Bagus2x tahniah kak dah banyak bisnes. :-)
    Ada bisnes kena buat sungguh-sungguh.

    AJ nak fokus 1 per 1 bisness dulu. Ada hasil AJ kan belajar CJ ini dari kak lisa. :D

    Diari kak memang banyak memberi motivasi-motivasi yang bermanfaat. :-)

    P/S: Kini blog AJ lebih advance daripada blog kak walaupun baru berusia 14 hari.. hehehe jgn marah… nanti cepat tua.. :D

    Salam Kejayaan. :-)

  23. msaidins corner on July 1st, 2009 9:48 pm

    kejayaan bukan di tentukan oleh segulung ijazah,tetapi kemahiran mengurus dan merancang kewangan & perniagaan. Congrates to kak lisa

  24. roswan on July 3rd, 2009 2:44 pm

    hai kak lisa,
    saya berminat untuk mendapatkan pakej yang kak lisa tawarkan tapi saya risau sekiranya tidak berjaya melakukanya……….boleh kak lisa membantu.

    Penganggur Senai Utama.

  25. nor on August 10th, 2009 11:35 am

    Assalamualaikum wbt.

    Saya dah lama sangat nak mencari program seperti ini and I did invest previously dalam macam-macam blog yang working from home ni tapi habis duit macam tu je.

    Boleh ke bantu saya hingga saya boleh berhenti kerja dan lakukan kerja ini secara full time and earn pendapatan yang mampu melunaskan hutang-hutang saya.

    Terima kasih.

  26. azlan on September 8th, 2009 12:07 am

    aslmkum kak lisa
    respect lah akak leh sampai tahap ni kan,
    saya ni pun lebih kurang cam nor lah, sy berminat jgk nak join, ada jgk sy join other nyer prog, tapi bila dah join, sy dibiar survive sdiri, org kata berjalan mlm tanpa lampu……….sy ni mmg buta IT skit, nak bt camne, nak bt ape pun xtau……so klu ntn sy join akak, leh akak tlg bimbing sy mcm ne nak jana side income yg hebat skit.
    k kak tima kasih
    wassalam

  27. azini on February 1st, 2010 11:00 pm

    slmt mlm suma..

    sy sokong dengan kata2 nor & azlan…
    sy pun mmg senasib ngn diorg..
    nak mencuba, nak tukar gaya hidup tp BUTA IT…
    sy harap akan ade ms nti leh la kite conference kat YM sama2..
    so, kat situ lehla kita kongsi2 pendapat..& dapat belajar dgn lbh cepat…
    harap kak lisa x keberatan untuk memimpin sy yg BUTA IT ni..

    wassalam..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!