Pemilik Google Membeli Jet Pejuang
November 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
H211 LLC yang merupakan salah sebuah anak syarikat milik Google.Inc. telah dilaporkan membeli sebuah jet pejuang ringan jenis Dornier Alpha Jet 1982. H211 LLC juga memiliki beberapa pesawat yang kerap digunakan oleh pemilik Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin.
Dilaporkan bahawa H211 LLC telah berjaya mendapatkan hak untuk beroperasi dari sebuah pengkalan udara yang jaraknya hanyalah 10 minit dari ibupejabat Google berdekatan dengan San Francisco Bay, California. Yang lebih menarik di sini ialah pengkalan udara tersebut bukanlah sebuah pengkalan udara biasa tetapi ia adalah Moffett Field yang di miliki oleh NASA.
Tiada sesiapa boleh mendaratkan pesawat peribadi mereka di Mofett Field yang bersebelahan dengan Silicone Valley. Terlalu ramai ‘hi-tech billionaire’ yang cuba mendapatkan hak untuk mendaratkan pesawat peribadi mereka di situ, malangnya gagal disebabkan pengkalan tersebut dimiliki oleh NASA yang mempunyai peraturan yang terlalu ketat..
Anda bayangkan betapa hebatnya kedua-dua pemilik Google ini sehingga berjaya memiliki keistimewaan yang cukup sukar untuk dimiliki oleh billionaire yang lain.
Jika kita sorot kembali sejarah Google, ianya bermula dari Januari 1996 yang dijadikan projek kajian oleh Larry Page dan kemudiannya disertai oleh Sergey Brin yang mana mereka berdua merupakan pelajar PhD. Stanford University, California. Pada September 1998, mereka menubuhkan Google Inc. dan beroperasi dari garaj kereta seorang dari rakan mereka di Menlo Park, California. Pada 19hb Ogos 2004, Google Inc. di anggarkan bernilai USD$23 Billion.
Motivasi
Saya selalu membayangkan bagaimana mereka ini berjaya menempah kejayaan yang amat luar biasa. Bermula dari sebuah garaj kereta rumah rakan mereka akhirnya dalam masa 6 tahun syarikat mereka bernilai berbillion-billion dolar.
Adakah mereka ini memang telah ditakdirkan untuk lahir dan kaya?
Atau
Adakah mereka ini sebenarnya mencipta jalan kekayaan mereka sendiri?
Adakah semua ini tuah nasib atau mereka yang mencipta nasib mereka sendir?
Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, jika mereka boleh melakukannya mengapa saya tidak dan mengapa juga anda tidak boleh.
Adakah kita harus bersandar kepada nasib semata-mata atau terus menjadi mangsa program-program ‘scam’ cepat kaya…wang bergolek sambil tonton Astro…
Sedar atau tidak setiap manusia yang dijadikan Tuhan mempunyai kehebatan masing-masing, masalahnya adakah anda sedari kehebatan diri anda sendiri?
Renung-renungkan lah….









Ternyata tiada yang mustahil, usaha gigih, sikap x putus asa membuatkan mereka berjaya..Saya yakin sesiapa yang ingin berjaya harus bersikap demikian..selebihnya kita tawakal pada kuasa Allah S.W.T
em..satu penyampaian yang “membuka ” otak saya menjadi lebih “tajam”
salah satu cerita contoh yang membuatkan kita berazam utk berjaya.. insyaAllah..
Emmm bila nak jd mcm ni ye ..
Thanks Lisa .
org lain beli BMW je … dia siap beli jet… kita nak target aper? beli komuter pun ok gak kot… buleh naik ramai ramai…
InsyaAllah jika kita berusaha macam dia ,kita juga boleh beli jet pejuang .. tapi kena berjuang dulu ler untuk jadi macam mereka ..:)
saya cukup suka info2 macam ni…pembakar semangat
biar betol beb…
jet tu, pasni beli boeing plak kot… naik 2 orang jerk…
dah takde tempat nak buang duit la tuh diorang…hehe…
tapi nothing is imposibble becoz i’m possible…
from susahwan jadi jutawan tu…
kingkind83 (my lovely web => http://www.kuasa20.tk )
Tiada apa yang mustahil dalam hidup kita ini yang penting minda bukan mesti berkata boleh.
Baca Yasin 7 Kali sehari
Sembahyang mesti tepat pada waktunya
Doa minta pada Allah
Bersedekah duit yang kita ini rezeki yang Allah berikan jangan kedekut.
Kena tipu beli trafik http://adasedar.blogspot.com/2009/02/fulltrafficnet-macam-tipu-je.html
thanks for the info..it’s made me ambitious..
chayok2..
Kalau menurut saya kta hrus meniru khdupan bilgate krna dgn krja kras nya dia bisa jd org yg terkaya di dunia skrg,bravo aceh
setiap manusia ada kelebihan tersendiri.bagaimana pengasas Microsoft yang tidak suka bergaul boleh jadi kaya-raya bilion dollar.ibubapa Bill cuba sedaya upaya untuk anak mereka supaya dapat hidup seperti kanak-kanak lain.
Memang menambahkan semangat bila baca..
Tq Kepada pemilik website ni..:)
yang harus diteladani dari orang sukses adalah motivasi dan kegigihannya