Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000

November 10, 2008 by lisahilmi  
Filed under Info Terkini

Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).

Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo  pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.

Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.

Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita. Renungkanlah.

Adakah anda murung hari ini? Apa kata anda tonton video klip ini untuk memberikan sedikit ‘boost’ kepada minda anda iaitu merupakan music video nyanyian T.I bersama Rihanna bertajuk ‘Live Your Life’ yang sekarang sedang menduduki tangga kedua carta Top100 Billboard USA. Enjoy…

YouTube Preview Image


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

31 Responses to “Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000”

  1. pakar clickbank on November 10th, 2008 11:32 am

    satu info yang memberi keyakinan kepada saya untuk berfikir positif terhadapp apa yang saya lakukan

  2. Charles Lee on November 10th, 2008 11:37 am

    Wow….. kalau i dapat USD500,000 pun dah cukup ni

    :P

  3. qrodat on November 10th, 2008 11:39 am

    “Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.”

    ini mungkin rezeki dia. tetapi sy yakin dia tidak terfikir masa membangunkan blog ini utk dijual dengan harga tersebut kpd Bankrate.com. namun dia telah melakukan yg terbaik dan berjuang bersama2 minatnya dan bukan kerana terpaksa. dlm masa 2 tahun blog beliau telah mendapat 295,022 U.S. visitors per month.

    menakjubkn.

  4. Ejazi on November 10th, 2008 11:45 am

    :lol:

    kebijaksanaan minda, tu la hadiah terbaik yang dianugerahkan kepadanye…dari anugerah nie trciptala keluarbiasaan…..wolllaaa

  5. zyan on November 10th, 2008 11:54 am

    wow!! RM49juta tu… tak silap saya hari tu pun ada sorang yang jual blog die jugak pasal kereta pada harga 50juta sama ada RM atau USD sy tak pasti …huhu

    thanks for the info P.lisa, btw, saya pun akan buat satu blog khas untuk tennis :D
    salam..

  6. zyan on November 10th, 2008 12:15 pm

    btw, ada sesiapa tahu berapa tahun usia blog nie ???

  7. pakar clickbank on November 11th, 2008 11:11 am

    he he he jadi satu perkara yang penting kita perlu fikirkan adalah “buat duit dengan blog” ataupun “blog yang buat duit ” mana satu konsept yang penting?

  8. qrodat on November 11th, 2008 7:43 pm

    Domain Name: BANKAHOLIC.COM
    Created on: 14-Jul-06
    Expires on: 14-Jul-17
    Last Updated on: 19-Jan-08

    295,022 U.S. visitors per month

  9. wahid on November 12th, 2008 2:13 pm

    Saya pun nk jual blog saya la ni… ada sape2 nk ke?

  10. srikandi on November 17th, 2008 1:39 am

    wooowww best gilerrr … tapi aku tak de idea nak tulis blog… masih peringkat baru belajar …

  11. pedagangIT on November 26th, 2008 12:09 am

    memang gempak…

  12. deen on November 26th, 2008 3:48 pm

    :o Ada sesape nak beli blog saye!… Murah jer… RM1/2 juta.

  13. alif on November 30th, 2008 4:17 am

    kita pikirlah sama-sama yea..

  14. tini on December 2nd, 2008 2:32 pm

    Bilalah….. blog saya nak jadi secanggih blog org tu. X pa usaha tangga kejayaan… Jgn mengalah….

  15. faquhar on December 3rd, 2008 8:51 pm

    info yang menarik,
    wah siap promote video youtube ni.. mesti dapat duit kalau orang tengok video tu tul tak? hik3

  16. peminatjutawan on December 13th, 2008 11:16 pm

    mulakan dulu dengan minat anda,kalau anda berminat pasti tidak satu pun halangan yang anda tempuhi sukar ditangani,cari topik yang anda minat untuk menulis….

  17. Ole2 Hujung Tahun on December 26th, 2008 12:23 am

    kepada para penggiat Internet Marketing.. teruskan usaha anda… rezeki Tuhan didatangkan dlm berbagai cara…

    dptkan ole2 hujung tahun dari saya…

  18. Muzri-KamrieCorp on December 27th, 2008 2:06 pm

    mmg mantap dan briliant…..insyallah kite pun ke arah itu juge ye…:D

  19. RADIN on January 6th, 2009 3:23 pm

    wah… cam ne ye boleh… tuah macam tu

  20. Mohd Safuan on January 9th, 2009 12:07 pm

    Bersemangat saya apabila membaca tentang artikel ini.
    Sangat menakjubkan

  21. manismadu on January 12th, 2009 5:49 pm

    wah, gempak nih. br usia remaja dh blh hasilkn blog yg mantap. tentu ramai teruja dgn info pn.lisa nih. mungkin ada yg pasang angan2 tuk jd blogger mcm john tuh. apa pun, minda kita, kita yg kawalnya… kuasa minda memainkn peranan yg penting. spt tagline blog pn.lisa “aktifkn minda anda”

  22. Offshore Drilling Jobs on February 4th, 2009 8:07 pm

    Bila lah agaknya blog saya pulak nak ada value cengini yer…

  23. goge on March 8th, 2009 5:49 pm

    Fuh, macam tak percaya. Blog baru 3 tahun…

  24. Mohd Kasmizan on March 16th, 2009 10:52 am

    Memang x percaya blog itu boleh mencecah harga RM49 juta.

  25. saiful nizam on March 30th, 2009 6:16 pm

    amazing!..pada pandangan saya John Wu memang bertuah, mungkin di a memang bernasib baik, mungkin juga dia sangat bertuah…walau apa pun saya yakin semua ini adalah kerana usahanya yang memerlukan pengorbanan yang mat besar!..usaha!…usaha!….usaha! dan terus berusaha!….all the best to all!

  26. Free Tips on May 14th, 2009 2:17 pm

    oh logik jugak sebenarnya budak nih dapat duit juta2..saya setuju dengan apa yang saiful nizam cakap..dia bertuah!

    ok content website dia penuh dengan info sal finance dan jugak tips2 kewangan…kalau blog yang fokus tips ni memang ade permintaan lagi2 lah kalau sal insurances kewangan semua tuh..

    design yang bagus ditambah pula dengan ranking yang bagus di search engine so ade pihak yang sanggup laburkan duit untuk membantu lagi biz mereka dalam usaha marketing..

    saya masuk website dia ni ade adsense dia letak..entahlah saya rasa dan yakin adsense bulanan dia tak lah terlampau tinggi sebab tu kot dia sanggup jual dengan harga juta2..

    tak mcm pemilik facebook yang mana dia tak jual facebook.com walaupun ditawarkan dalam $1 billion sebab pendapatan dia sebelum ditawarkan pon da lebih $1billion..!

    saya simpulkan untuk website budak nih:dia ade kandungan yang menarik dan ranking yang bagus dekat search engine.walaupun..yahhh maybe visitors dia takdelah mencecah ratus ribu atau juta…

    sebab tak semua yang tersenarai paling atas atau yang teratas dekat search engine tu orang suka masuk…

    but i can say that 90% adalah usaha dan 10% adalah Luck!

  27. hizmi on May 22nd, 2009 4:15 am

    memang di luar jangkaan blog yang boleh dianggarkan baru berusia beberapa tahun boleh di beli sedemikian harga.
    amazing…rezeki memang dimana2..

  28. zakir.. on June 10th, 2009 12:15 am

    bagus budak ni…usaha tu escalator kejayaan..ataupun lift kejayaan..sy pun sdg mengusahakan perniagaan di internet ni..pakej yg sy beli dr puan lisa benar2 membantu sy..ade mse nnt sy hantar testimoni kt puan lisa..

    JURUIKLAN DIPERLUKAN :
    http://juruiklan.webs.com/

  29. KLIK KLIK DAPAT DUIT on September 2nd, 2009 10:50 pm

    saya tgh cuba ,tapi masih belajar lg,saja suka2

  30. luqman on September 18th, 2009 3:26 am

    saya baru je masuk website puan.ingat nak beli,tapi tak cukup lagi 20 ringgit.tappe saya iktiar lagi.bila cukup gerenti masuk punya.

  31. ZaieN on February 4th, 2010 10:06 am

    Alangkah hebatnya klau kita boleh buat macam tue…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!