Duit dari internet - Senang & Susah
October 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Jika saya kata sebenarnya tak susah mana pun nak cari duit di internet pasti ramai yang kehairanan atau mungkin ada yang mendengus (lol!)
Tapi jika saya kata bahawa terlalu ramai yang gagal mencari duit di internet walaupun beribu atau beratus RM telah terbang pasti ramai yang mengangguk…kan?
Sebenarnya anda belum 100% gagal lagi, apa saja yang anda lalui dan alami merupakan antara proses-proses perjalanan di dalam perjuangan yang panjang.
Menghasilkan kejayaan merupakan satu perjuangan.
Jangan tutup mata anda dengan imej wang ringgit. Jangan jadikan RM sebagai ‘kiblat’ anda.
Jadikan ini sebagai perjuangan.
Apabila saya sebut perjuangan maka ianya memerlukan strategi, ilmu dan pengalaman.
Bukan mudah anda boleh mendapatkan wang dari orang lain. Tanpa strategi dan ilmu yang betul bagaimana orang mahu memberi anda wang?
Jika anda ingin menghasilkan pendapatan melalui jualan ebook maka anda perlu mempunyai strategi penjualan ebook yang berkesan.
Jika anda ingin berjaya menghasilkan pendapatan sebagai affiliate(ejen) maka anda perlu mempunyai strategi dan teknik-teknik promosi yang berkesan.
Buangkan angan-angan.
Lakukan perancangan dan jalankannya.
Wang tidak akan datang bergolek-golek kepada anda ketika anda sedang menonton Astro 24 jam. Itu semua angan-angan yang lebih melampau dari Mat Jenin.
Realistik. Tanpa usaha & kebijaksanaan, mimpi hanya akan tinggal mimpi.








ye betul itu ,sebagai satu cabaran dan juga perjuangan ..
Memang agak mencabar juga untuk mendapat duit dr internet ni… Tp saya akan terus juga berusaha…
tapi bagaiman nak lakukan nya??
memang betul tu dan lagi satu jangan mudah mengalah teruskan sehingga berjaya. http://www.squidoo.com/cari-duit-senang