Duit Duit Di Mana Kau Duit
October 22, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Ada seorang rakan pernah bertanya kepada saya, kenapa dan mengapakah dia masih gagal untuk mendapatkan duit dari internet walaupun telah berusaha keras.
Sebenarnya terdapat pelbagai punca berlakunya masalah ini.
Salah satunya ialah ‘adakah anda berusaha dengan cara yang betul?‘
Tidak guna jika kita bekerja keras siang malam 24 jam jika kita menggunakan cara yang salah. Ianya tidak akan memberikan hasil.
Untuk mengatasi masalah sebegini, caranya mudah sahaja.
Lakukan ujian..
Caranya ialah dengan melakukan ujian ke atas cara atau kaedah yang kita gunakan. Buat dan lihat hasilnya di dalam tempoh tertentu. Jika tiada hasil yang memberangsangkan, maka anda tamatkan penggunaan cara atau kaedah tersebut.
Ubah cara atau kaedah tersebut dan lakukan semula ujian. Jika ianya mendatangkan hasil ini bermakna cara atau kaedah yang terbaru itu boleh diguna pakai.
Jika masih gagal, anda ubah atau cari cara atau kaedah yang lain dan lakukan ujian sekali lagi sehingga anda berjumpa cara atau kaedah yang paling tepat.
Contoh, jika sebelum ini anda cuba mencari duit dengan cara mempromosikan sesuatu produk melalui Yahoo Groups tetapi ianya tidak berhasil maka anda ubah cara promosi tersebut kepada Google Groups pula dan lihat hasilnya dan jika masih tidak berhasil maknanya promosi melalui Groups adalah tidak berkesan. Oleh itu anda cuba cara lain pula seperti promosi melalui tapak social network pula seperti Myspace dan lihat hasilnya bagaimana.
Jika berjaya maka anda teruskan, jika gagal maka anda cuba cara yang lain pula.
Kesimpulannya di sini, jika anda gagal dengan sesuatu cara itu maka hentikan sahaja dan cuba yang lain. Jangan teruskan dan berharap agar ianya memberikan anda ‘magik’. Ini hanya akan membuang masa anda sahaja.








em…memang satu tips yang baik ,cara yang salah maka duit tak akan masuk ke poket
masih buntu….
Hmmm…betul jugak ekkk
salam,
hmmm…tu yg pening. hari tu saya dapat buat bbrp sales guna email marketing yahoogroups then tiba2 stop sampai hari ni. kdgkala hairan juga dibuatnya. nampaknya tak boleh lari dari buat eksperimen…kena try marketing lain plak…