Duit pun ada perasaan juga

December 29, 2008 by lisahilmi  
Filed under Cerita DUIT Internet

Duit, duit, duit…lagi-lagi cerita duit. Anda pun mungkin dah jelak dengan cerita pasal duit.

Cerita,cerita,cerita tapi duitnya tak nampak.

Tapi…

Pernahkah anda terfikir kenapa lagi kita dok cerita…lagi kita dok fikir pasal duit ni…lagi lah duit tu tak datang datang?

Pernah tak anda lihat orang yang tak pernah cerita pasal duit yang biasanya hanya akan tersenyum sahaja bila orang lain dok bercerita pasal duit…tapi rupa-rupanya dia banyak duit?

Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda.

Saya sendiri tak tahu samada ini ialah petua atau tips atau amalan. Anda fikirlah sendiri.

Saya tak pernah fikir pasal duit.

Bukan nak tunjuk lagak tapi itulah kenyataannya.

Pada saya duit ni lagi kita kejar lagi lah dia jauh. Lagi kita dok fikir bagai nak rak pasal dia…lagi jauh lah dia lari.

Apa yang saya buat?

Mudah saja.

Saya nak duit, saya perlukan duit.

Tapi.

Saya tak fokuskan fikiran saya pada duit.

Saya fokus pada pada kerja saya, pada usaha saya.

Saya fokus pada strategi mencari duit.

Saya fokus pada perancangan dan pelaksanaan.

Itulah cara saya melakukannya.

Saya pernah berbual dengan beberapa orang pembeli pakej saya. Ada yang baru setengah jam jalankan kerja-kerja promosi dah semak akaun affiliate…’dah masuk ke belum duit ni…’.

Ada yang sampai tak boleh tidur, setiap sejam buka akaun affiliate nak tau duit dah masuk ke belum.

Jangan mendesak diri anda. Semakin anda desak semakin mudah anda kecewa.

Duit ibarat seorang wanita. Lagi anda kejar lagi jauh dia lari. Lagi anda desak lagi jauh dia pergi. Lagi anda paksa lagi hilang dia dari mata anda. Cuba anda jangan desak dia, maka dia akan mula menjeling dan tersenyum kepada anda. (teringat kembali nostalgia episod awal pertemuan saya dan suami tercinta)

Kesimpulannya, jangan terlalu berfikir pasal duit, fokus pada usaha anda, fokus pada strategi dan perancangan anda dan fokus pada pelaksanaannya.

Biarkan duit yang mengejar anda, bukan anda yang mengejar duit.

Renungkanlah.

Seperti biasa, saya menghidangkan video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.

YouTube Preview Image


 Powered by Max Banner Ads 

Comments

41 Responses to “Duit pun ada perasaan juga”

  1. omecool20 on December 30th, 2008 1:19 am

    Betuk kak lisa .. mcm ada seorang master trader forex beri nasihat dulu … ” Trade well and the profits will come .. ” Baru kebelakangan ini, sy faham nasihat dia. Saya rasa sama juga dengan nasihat kak lisa.

  2. someone on December 30th, 2008 3:29 am

    make sense…. :)

  3. shamxo on December 30th, 2008 10:06 am

    mencari wang umpama seperti mencari cinta perlu ada keghairahan..keinginan dan keghairahan membangkitkan usaha yang menebal…keghairahan mengatasi rasa jemu lantas tidak memikirkan cabaran yang mendatang..

  4. rohaizad on December 30th, 2008 10:22 am

    Absolutely right!
    Jangan jadi hamba duit.

  5. PakarHowTo on December 30th, 2008 10:49 am

    saya dulu memang ada penyakit macam kak lisa cakap tu.
    baru sejam dua buat promosi di 2, 3 tempat…
    pastu sibuk asyik check akaun…dah ada sales ke blum…
    sekejap2 check…sekejap2 check….
    pastu bila takde orang beli….takde sales…mulalah lemah semangat….huhu

    tapi tu dulu laaa…skang saya dah berubah.
    saya semakin fokus pada ‘action’ saya…
    dan alhamdulillah….
    hasil yang saya dapat, saya kira, memang berkadar dengan usaha saya.
    benarlah kata pepatah arab…”manjadda wajada…”
    bermaksud..”siapa berusaha dia berjaya…”

    motto saya tahun 2009….
    FOKUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    tq

  6. TJ on December 30th, 2008 11:06 am

    I love your post.

    You are VERY TRUTH on Let’s the Money chase Us, Not We chase the Money.

    I believe the MORE we contribute, we will get the Return.

    Focus on The value we contribute to the Society rather than how much we can earn…

    Banyak terima kasih kepada Tuhan sebab dapat menumui Kak Lisa di Internet!

    Best regards
    TJune.com

  7. lynnz on December 30th, 2008 1:26 pm

    mmg terasa kecewa sgt apabila yag dikejar x dpt malah yg dikendong beciciran…iyelah, org kate nk buat duit kena guna duit dulu….tp bila dah byk invest untuk buat duit, tp ending dia…kecewa….bukan setakat x dpt duit malah duit yg ade pun abis….huhuhuhu

  8. jaws on December 30th, 2008 1:39 pm

    duit memang ada perasan..
    memang betul kata puan lisa ni..
    bende ni memang selalu berlaku dalam hidup seharian kita.
    makin kita pikir pasal duit, makin takde duit yang datang..

    yang penting bukan fikir tetapi buat jer..
    nanti ada laa hasilnya…

  9. lisahilmi on December 30th, 2008 1:43 pm

    terimakasih di atas komen2 yg diberikan. semoga entri ni membantu anda semua.

  10. sham on December 30th, 2008 1:56 pm

    Mmg betul kata Pn Lisa tu selagi kita kejar selagi tu susah nak dpt….duit byk mana pun tak kan cukup, jadi kita perlukan usaha utk mencapainya…usaha yg gigih akan mendatangkan hasilnya….

  11. bakar7888 on December 30th, 2008 2:25 pm

    Betul tu Puan !
    saya pernah dengar penerangan begitu dari seorang ulama, tapi lain sikit bunyinya! kata ulama : “Duit umpama bayang-bayang, tak akan dapat untuk dikejar. Jadi kita sebagai hambaNya hanya teruskan buat kehidupan (buat kerja) biar Dia yang tentukan rezeki anda”

  12. abgzol on December 30th, 2008 2:59 pm

    Saya sangat berterima kasih kepada Pn Lisa dengan mutiara kata nie..

    “..jangan terlalu berfikir pasal duit, fokus pada usaha anda, fokus pada strategi dan perancangan anda dan fokus pada pelaksanaannya!!”

    Memang betul tu dan inilah kesilapan yang kebanyakan kita buat terlalu mengejar-ngejar DUIT sehingga terjebak dengan kes-kes skim cepat kaya!! Sedangkan KUNCI yang sebenarnya adalah…fokus pada STRATEGI & PERLAKSANAAN..

  13. halika on December 30th, 2008 3:26 pm

    memang tepat saranan puan tu….jadilah Hamba ALLAH sehamba-hamba nya di muka bumi ini.BUKAN hamba duit….

  14. Muhammad on December 30th, 2008 5:27 pm

    adess…Tekene aku.hehehe.Bijak.FOKUS!…tugas utama.Baru boleh lulus exam.3 thn lg ble kawen.hehe.Betul.Memang x boleh tido.Lagi2 bila x de duit terfikir kegunaan duit.Tak pe.Jangan fikir.USAHA…tak mungkin x de jalan kan?!….terima kasih puan.Nanti sya suruh duit sya pegi.Mesti ada duit lain datang kan…heheheh

  15. Muhammad Taufik Md Ghazali on December 30th, 2008 5:59 pm

    Asskum, Puan Lisa…

    Memang betul kata-kata Puan Lisa, saya pun tengah mengalaminya sekarang tapi saya cuba utk fokus pada apa yang perlu dibuat dan jgn fikir sangat pasal duit tu.

    Mohon pada ALLAH SWT supaya cekalkan diri saya menghadapi segala dugaan serta cabaran hidup didunia ini.

    Terima kasih diucapkan atas segala nasihat dan pedoman yang diberi termasuk sokongan moral. Saya bersyukur pada ALLAH mempertemukan dengan Puan Lisa.

    Wassaam.

  16. hazman on December 30th, 2008 8:08 pm

    sokong sangat dengan kenyataan kak lisa tu….pada saya USAHA yang gigih dalam mencapai kejayaan lebih besar kepuasannya….

  17. afizart on December 30th, 2008 10:14 pm

    Saya sangat bersetuju dengan nasihat Pn Lisa … Lps ni saya akan lebih FOKUS pada usaha dan strategi … InsyaAllah, kalau dah REZEKI, takkan ke mana … ALLAH dah tetapkan semua tu … Yg penting Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal …

  18. laling on December 30th, 2008 10:44 pm

    Hi Kak Lisa
    First time datang sini tupun pasal blog Rohaizad buh link out ke salepage tu.
    Dah lama rupanya jadi IM yer dan respect lah kegigihan dan kesungguhan anda dalam bidang ini. Erm heran gak kenapa selama ni tak tahu pasal LisaHilmi..

    Lepas ni bolehlah jadikan icon ialah limited jumlah IM yang berjaya adalah seorang wanita kat Malaysia ni,. Bila Rohaizad pointkan link dan tak secara langsung meng endorsed profile LisaHilmi I terbuka sikit minda yg mana sebelum ni skeptical kepada IM Malaysia yang pada laling hype jer.

    Entry dia pasal IM penipu tu lagilah I jadi ermm…Entahlah I agaknya terlampau banyak dapat ilmu FREE dari blogger yang ada nama dan credibility seterusnya sikit sebanyak respect lebih pada blogger nya repo dari IM nya ayat power kat salepage.

    Tulah bila akak dah start blogging I suka sangat sebab dia friendly dan sekarang menggantikan myspace, friendster semua tu..Yeah hdup Blogger..!!

    So laling akan subscribe blog ni kalau nampak eheh..kerajinan mengupdate..LOL

    Anyway laling akan datang lagi time to time..So keep in touch and happy blogging.

  19. lisahilmi on December 30th, 2008 11:36 pm

    welcome to my blog Laling :)

  20. mael on December 31st, 2008 8:58 am

    SSalam..

    Saya setuju dgn isu yg diperkatakan, malah kalau kita selalu berfikir pasal
    hutang, makin bertimbun2 plak. Law of attraction really works.

  21. puteh_linux on December 31st, 2008 9:59 am

    salam to all
    selama ni saya hanya jadi pembaca
    but 2009 is the best year i will do for me dengan adanya mentor macam kak lisa
    dan i dah subcribe blog kak lisa
    mmg semakin hari semakin meningkat dan yakin boleh buat…
    duit oh duit tunggu lah aku dalam usaha ku…

  22. fid on December 31st, 2008 2:40 pm

    betul tu..lagi menambahkan beban dikepala pk pasal nk dapat duit mcm mane..klu pk pasal jln nya bru rasa tenang skit :)

  23. et on December 31st, 2008 4:22 pm

    pandangan kak lisa amat telus sebab ia lahir dari pengalaman sebenar. payah nak cari ni..duit ni memang ‘berhantu’ tapi bagi saya rezeki di tangan Allah, yang penting usaha dan tawakal serta doa.. saya harap kak lisa dapat membantu lebih ramai lagi newbie walaupun kak lisa dah jauh ke depan. semoga sukses selalu..

  24. zarith haiqal on January 1st, 2009 2:45 am

    duit bkn segalanya tapi segalanya perlukan duit…berdoa kepadaNYA insyaallah murah rezeki

  25. Masrule Hamid on January 1st, 2009 12:29 pm

    Nice & good info!

  26. mhd yusof on January 1st, 2009 9:56 pm

    Hi Lisa & family,
    Ni pertama kali singgah kat blog you ni. Power la!
    Tulisan anda ada value….saya selalu follow.

    Saya mintak la ‘final countdown tu’ nak letak buat booster minda kat website uptrendonline.com. Yang pening2 tu nnti terhiburlah sikit…boleh ke?

    Salam

    Yusof

  27. nuaeman on January 4th, 2009 11:09 pm

    Saya mendapat sesuatu dari apa yang ditulis.. thanks puan lisa

  28. Mohd Safuan on January 9th, 2009 10:57 am

    Betul pn lisa.saya sangat bersetuju.
    kita janganlah meletakkan matlamat utama@ target kita semata2 utk duit,
    tapi kepuasan kita utk mendapatkannya lebih penting, melalui cara pelaksanaannya.
    memang xdinafikan, semua orang memerlukan duit, tapi duit bukan perkara asas utk teruskan hidup.
    fikir2 kan dan renung2 kan

  29. Peminatjutawan on January 18th, 2009 3:43 pm

    emm satu post yg tak pernah didengar oleh saya…at least dpt membuka minda dan lebih fokus pada usaha..thanks PN lisa

  30. ijamidayu on January 18th, 2009 10:45 pm

    Salam pn lisa,

    Pengajaran menarik buat diriku.. Smoga ia akan lebih jelas pada aku..

  31. johnbaem on February 27th, 2009 1:17 pm

    salam puan lisa,

    saya just join blog u.. padat dgn info. Teruja saya.
    Pasal duit.. Saya setuju.. pernah baca buku The Secret??? Patut beli dan baca yang lain2… :)

  32. mirlme on May 13th, 2009 2:42 am

    betul tu..jgn jadi hamba duit

  33. OrangKampung on May 15th, 2009 1:49 pm

    Salam Puan Lisa, saya amat bersetuju sekali dengan Puan Lisa. Saya pernah mendengar kata2 nasihat dari seorang alim. katanya kita tak usah risau pasal rezeki kerana itu adalah ketentuan Allah. Yang perlu kita risau kan adalah kerja dan tanggungjawap kita. Adakah kita sudah melaku kan yang terbaik?. Bila baca website ni mengingatkan saya kembali pada kata2 Ustaz tu. Terimakasih Puan Lisa and terimakasih kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan blog Pn Lisa.

  34. wawwi.com on June 12th, 2009 3:46 pm

    Betul betul betul. Post kali ini saya sangat bersetuju sesangat. :-)
    Dalam dunia IM ni duit jangan ambil kisah sangat. Nak duit banyak ke, beribu-ribu, puluh ribu, juta-juta ke… Kalau dok fikir makin naik angau.

    Jangan fikir pasal duit melebihi apa yang kita buat. Sebaliknya lebihkan berfikir apa yang perlu kita buat/kerjakan. Kerana Do IT = Duit :D

    Lagi banyak Do IT, lagi banyak lah Duit..

    Bagi saya, yang penting hari demi hari Ilmu dan kemahiran saya bertambah & bertambah..

    P/S : Baru je start buat WP ini..
    Free-free bolehlah komen2x di blog saya pula ye Pn.
    http://info.wawwi.com

  35. Brotherfaiz on July 18th, 2009 12:07 am

    salam..
    Saya pun stuju dgn puan lisa..duit kalau kita kejar lagi jauh,kita kena cari ilmu atau knowledge yg lebih.baru duit makin dekat..x gitu puan lisa..

  36. rose on September 11th, 2009 3:35 pm

    kalau pikir tentang duit duit duit,dia akan lari jauh,tapi kalau pikir tentang usaha
    untuk mendapat kan duit,fokus pada usaha kerja.cintai lah dan nikmati lah usaha
    dgn hati yg gembira.berkat dari usaha n keceriaan hati duit pasti datang
    melimpah ruah.

  37. ruz on September 13th, 2009 6:14 pm

    yla sy pn tgh blajar gak cmne nk wt bisnes ni tp x dpt2 sedihnya

  38. suhainz on October 13th, 2009 11:46 pm

    Salam kak Lisa dan semua, 1st n 4mous sy komen kat sini. pejam-celik pejam celik rupanya mmg dah nak dekat 3 tahun saya dalam bidang IM ni. betullah kata-kata dalam ebook free k.lisa tu sepanjang kita menceburi dalam bidang im ni, dah sejauh mana ilmu yg kita timba. yang penting kita mesti terus blaja teknik2 dan sentiasa mengkreatifkan minda kita. Bila minat kita dah ada dan semakin menampakkan hasil, kat situlah “spark plug” yg akan buatkan kita akan terus memanipulasikan minda kita dengan berbagai-bagai skill. Salam perkenalan buat semua.

  39. sujairi on November 30th, 2009 10:04 pm

    SALAM SEMUA….
    nak tau?.. kalo zaman dulu2 cinta tu number 1..” kerana cinta aku sanggup korbankan nyawa dan harta” dan lagi “walaupun dia hidup susah namun aku tetap setia kerana cinta”..tu duluuuuuu zaman minyak masih harga rendah…sekarang ni”hey!!sorylah duit pun xde ada hati nak ngorat kitorang,harap muka je hensem”haha..
    so justifikasinya..zaman sekarang ni duitlah nombor satu.sampai ada yg kehilangan tunang,isteri dan keluarga hanya kerna duit punya hal…dan mungkin ada segelintir yg x setuju tapi itula hakikatnya..
    apa kena mengena cinta dan duit yg saya ceritakan ni?..kepada sesiapa yg pernah melalui masa2 susah pasti memahaminya..dan kepada yg belum bersedialah..
    pandang kehadapan ..zaman dah berubah…
    saya bukan nak katakan duit tu berkuasa tapi kalau kita x kawal diri kita daripada godaan2 yg boleh menghancurkan hidup kita kerana duit dan kepayahan hidup tidak berduit maka jangan takbur, dan jangan juga malas untuk berusaha..
    ada duit bermasalah,tiada duit pun bermasalah… dari diri sendiri bagaimana nak memainkan peranan duit dalam kehidupan kita..
    SALAM

  40. lahputra on January 28th, 2010 3:48 pm

    saya mmg stuju .seLAUT trima kasih krna pepatah dari kak lisa mmg berguna buat saya..teruskan perjuangan

  41. Hafizi on February 28th, 2010 3:35 pm

    betul la..dalam sebulan dua nie,saya dok fikirkan pasal duit je tapi duit tak dapatpun,masuk tu masuk nie..tup-tup tak dapat duit….cuba fikir,kalau perasaan kita mengatakan duit,duit tak akan datang….kita perlu berusaha supaya duit tu mesti mari….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!