Nikmat Kejayaan
December 20, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua,
Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog kesayangan saya ini yang seperti telah di anak tirikan kerana kesibukan saya yang ‘ekstrem’ sepanjang minggu ini.
Lagi 2 minggu penggal persekolahan 2009 akan bermula.
Tahun 2009, 5 orang anak saya akan memulakan persekolahan. 4 di sekolah rendah dan 1 di sekolah menengah.
Setiap seorang saya memperuntukkan RM400 untuk membeli pakaian,kelengkapan sekolah dan pelbagai yuran yang dikenakan (kalau baca senarai yuran pihak sekolah boleh kelabu biji mata).
Ini bermakna saya memperuntukkan RM2000 untuk memastikan kesemua anak-anak saya akan dapat memulakan persekolah dengan sempurna.
Sekiranya situasi ini berlaku pada tahun 2002, pasti saya sedang menangis sekarang.
Manakan tidak, ketika itu keadaan kewangan kami amat meruncing, di mana mahu cari RM2000 sedangkan RM200 pun pasti ‘pecah tabung’.
Tidak dapat saya gambarkan jika 5 anak saya mahu bersekolah pada ketika saya tidak mampu memberi kesempurnaan kepada mereka.
Syukur Alhamdulillah
Tidak sesia usaha & pengorbanan saya selama ini, selama 6 tahun ini berjuang dan terus berjuang di dalam dunia perniagaan internet.
Inilah nikmat sebenarnya.
Di saat-saat sebegini, disaat-saat saya wajib memberikan kesempurnaan kepada anak-anak saya , saya memiliki keupayaan untuk menyempurnakannya hasil dari rezki yang melimpah-limpah dari Yang Maha Pemurah.
Bagaimana jika 6 tahun dulu saya masih tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib kami sekeluarga. Pasti di saat-saat sebegini silap-silap en.Alalalalong akan menjadi ‘sahabat’ saya. RM2000 bukan jumlah yang kecil di waktu ekonomi yang tidak stabil.
Saya menyeru kepada anda, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.
Terutama untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak kecil, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik dan cemerlang, jangan sampai di saat anak-anak anda memerlukan kesempurnaan tetapi anda gagal memberikannya. Ia akan menghancurkan hati mereka. Renungkanlah.
**hari ini Mawi kahwin, gilang-gemilang. Agaknya jika dahulu dia tidak cuba mengubah nasib dengan menyertai AF3 tetapi terus menjadi DJ kompleks, adakah hari ini hari yang penuh gilang gemilang di dalam hidup beliau akan terjadi? atau mungkin hari ini beliau masih memutarkan CD di kompleks? Inilah dinamakan nikmat kejayaan.
Anda perlukan muzik untuk menghidupkan jiwa perjuangan di dalam diri anda? Hayatilah sentuhan violin Vanessa Mae - Art of War ini…hayati sambil memejamkan mata anda…









Salam perkenalan…
bgitulah melayari hidup.. kata org bukan senang nak senang, dan kalau nak susahpun bukannya susah.
Dgn daya juang, yakin akan bantuan Allah, doa dan usaha berterusan, insyallah.. tiada yg mustahil untuk dicapai. Lebih2 lg dizaman IT yg serba canggih ini…
tahniah di atas kejayaan yg akak dapat skang…:D
betul, saya setuju. kita kena mengambil tindakan awal utk memastikan kesinambungan hidup kesederhanaan kita berterusan.
tindakan kita sekarang pasti dapat mencorakkan kita pada masa akan datang
Salam Kenal !
Lagi Jalan2 Nich dari Negara Tetangga !!!!!!!
Moga Makin Sukses aja Dech !
Tahniah atas kejayaan anda dan suami.
Saya ni tak reti bagaimana nak mula.
Tahu tak langsung apa apa .
Website pun tak ada..
Bagaimana cara nak mula ?
Nak buat apa dulu ?
Semuga dapat bantuan anda….
Terima kasih.
askum kak…nk tanye sket la kak….pakej video tu dlm bntuk vcd or kite kne download kat youtube….
assalamualikum kak,
dah penat mencuba semuanya tak menjadi….dah pernah berputus asa berkali-kali…rezeki belum ada agaknya…terasa mcm nak cuba dapatkan produk akak…tapi masih phobia…..
Salam perkenalan…
saya kagum dgn semangat cekal Linda dan ianya menjadi semangat bagi saya unt mulakan perniagaan Internet walaupun sebelum ni sudah tawar hati untuk mulakan bisnes ini tapi bila fikirkan anak2yg semakin membesar azam ini kuat unt terus mencuba…semoga dgn pakej Youtube yg dibeli ini adalah langkah pertama saya dlm perniagaan internet. InsyaAllah
maaf…tertaip nama Linda instead of Lisa….Thousand apology
1st saya ucapkan tahniah di atas kejayaan akak….saya sebenarnya teringin sangat 1000x untuk mengubah taraf hidup kami sekeluarga sekarang…..tapi x tau cam mana nak buat…… nak kata x de usaha macam2 buat….hasilnya wal asil kelabu asap….kena tipu je… saya nie mmg x tau apa2 pasal dunia internet nie boleh dikatakan -0. harap akak bleh beri tunjuk ajar. tq
salam buat pn. lisa,
saya sebenarnya masih mencari-cari jalan keluar dari ‘belengu’ hidup. saya dah mencuba berbagai-bagai sebelum ni, tapi…mungkin belum ada rezeki. saya ingin membeli pakej video tu tapi boleh percaya ke walaupun pn. lisa telah memberi berbagai-bagai nasihat sebelum ini tapi saya masih tak ada kepercayaan diri…boleh ke????
memang kita akan teruja dengan pernyataan yang mengatakan remaja umur 14 tahun dapat menjana RM 14,000.00. betul ke????? semuanya bermain dalam minda. tapi yang pasti orang akan berkata ‘belum cuba, belum tahu’…masalah besarnya, takut untuk mencuba dan risau sekiranya duit yang dikeluarkan @ dilaburkan tak mendapat hasil (sekiranya tersilap cara jika tak faham). sedangkan duit itulah ‘penyambung nyawa’ untuk sampai akhir bulan.
adakah pakej yang puan syorkan ini mudah dan adakah ianya berbentuk vcd @ sebagainya. sekiranya saya ingin membeli adakah harganya masih rm70.00 lagi dan saya tidak mempunyai maybank2u, bagaimana dan adakah saya memerlukan ‘copy & paste’ resit tersebut? masalahnya saya tak mempunyai scanner. harap puan dapat memberi penjelasan.
bila baca artical lisa, rasa sedih lak, lagi2 tempat saya kj ni dah nak tutup selepas 22th bekerja, tengan pening kepala untuk cari income utk bulan depan, lagi2 nak naik sekolah, nak pg tpt lain dah umur dah nak expired walaupun kemahiran ada majikan pikir 100x nak ambil. ni baru nak belajar online business, sebenarnya dah berbelas ribu duat abis mencuba byk perniagaan, tapi belum ada rezeki agaknya. kena work harder, hope you will teach me slowly
salam semua..
thnax to Allah coz segala usaha dan semangat kak lisa berbaloi…
kat sini saya pun nak berkongsi pengalaman…saya ni muda lagi tapi dunia luar dah penuh dgn liku,bukan hiburan tetapi kerjaya..
start umur 19 tahun saya dah start keja pump attendant kat petronas, after 2 tahun jadi manager, tapi jatuh tersungkur kerana lalai akan kemewahan dunia…then jadi guru ganti x kemana..selama 3 tahun ni berkecimpung dalam face 2 face marketing,maknanya kena jumpa org , masuk ofice org,ketuk pintu rumah org..pada mulanya amat perit coz malu yg amat sangat..5 bulan sebelum ni saya mencapai kecemelangan dalam indutri marketing hingga mendapat 4 award dalam asian convention..income mencecah 8-9k sebulan..namun sekali lagi saya jatuh tersungkur kerana cinta dan dunia…
nak tau apa silap saya?.. pertama saya mengejar kekayaan dunia…kedua saya memberi segala kekayaan kepada perempuan yg saya cintai(ingat pmpuan bukanlah segalanya..jangan lupa tangungjawab keatas ibu bapa)..
ketiga saya cepat berpuas hati..saya x keep on moving.. dah dapat sedikit kejayaan dah lalai..Punca Utama Ialah LALAI..kita manusia mudah lalai…
tengoklah macam kak lisa dia x lalai walaupun dah berjaya mendapatkan pendapatan yg tinggi sekarang ni..beliau tetap teruskan usaha coz beliau ada GOAL iaitu matlamat jangka masa panjang..bukan 1 @ 2 tahun tapi untuk 10 tahun akan datang..
siapa yg boleh merubah diri kita untuk menikmati kejayaan itu kalau bukan diri kita sendiri…
SALAM…