Duit Dari Internet - Ashley Qualls Membuktikannya
November 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Semalam saya menghabiskan masa hampir 2 jam berdebat dengan seseorang yang mempertikaikan kebenaran bahawa internet mampu memberikan kekayaan. Menurut beliau kekayaan yang boleh diperolehi melalui internet hanyalah mitos dan karut semata-mata.
Beliau mengatakan bahawa beliau ialah seorang pelayar internet tegar yang telah melayari internet lebih dari 10 tahun dan beliau masih tidak jumpa apa-apa program atau cara yang 100% benar menghasilkan pendapatan atau kekayaan dari internet. Berdozen-dozen program dan ebook telah beliau sertai atau beli tapi masih gagal menghasilkan apa-apa sebaliknya wang beliau yang terbang.
Puas saya cuba menerangkan kepada beliau bahawa andaian beliau itu silap sebenarnya tapi nampaknya beliau sudah terlalu skeptikal, al-maklumlah 10 tahun sebagai seorang pelayar internet tegar.
Oleh itu saya menjanjikan beliau saya akan membentangkan satu kes kajian (case study) untuk beliau dan anda semua renungkan.
Kes Kajian : Ashley Qualls
Siapakah dia?
Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu www.whateverlife.com. Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun www.whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.
Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan.
Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut?
Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?
Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.
Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
- Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
- Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
- Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya kepada sumber keuntungan
- Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
- Jadi diri anda sendiri
Semoga anda dan ‘saudara’ yang berdebat dengan saya semalam akan mendapat sedikit iktibar dan panduan dari kes kajian Ashley Qualls ini.
Seperti biasa, saya akan menghidangkan satu lagi klip video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.







