Laman Web Pakej Bimbingan Berwajah Baru

October 28, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Ramai yang komplen pada saya yang mereka agak ‘pening’ membaca maklumat mengenai Pakej Bimbingan saya di http://info.kit4u.net.

Laman web tersebut berkonsep ‘mini-site’ iaitu semua maklumat dimasukkan di dalam satu mukasurat sahaja. Mungkin disebabkan terlampau banyak maklumat yang cuba saya sampaikan  maka menyebabkan ramai yang membaca dan ‘mengantuk’ (rasanya kot..)

Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mengubah konsep laman web tersebut kepada yang lebih dinamik dan selesa.

Terasa perit juga nak menyiapkan ‘perubahan’ ini mungkin disebabkan ‘demam raya’ yang baru nak surut dan kepenatan yang semakin terasa.

Tetapi sebagai seorang IM yang menjadikan bidang ini sebagai karier maka terpaksa juga saya gagahkan diri untuk menyiapkannya.

Kali ini saya membahagikan laman web tersebut kepada beberapa mukasurat yang mengandungi maklumat-maklumat yang penting dan juga saya memasukkan satu halaman yang khusus untuk FAQ (soalan-soalan yang selalu ditanya).

Semoga dengan penampilan baru ini akan memudahkan sesiapa sahaja untuk memahami apa yang sebenarnya yang akan anda miliki apabila menyertai Pakej Bimbingan saya.

Siapa Yang Sepatutnya Sertai Pakej Ini

October 22, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Siapa yang sepatutnya menyertai pakej bimbingan saya ini?

Pakej Bimbingan Bersama Lisa ini saya cipta khusus untuk mereka yang masih baru atau ‘newbies’ di dalam bidang IM (internet marketing).

Terlalu banyak program-program scam yang cuba memanipulasikan minda mereka-mereka yang masih baru di dalam bidang ini sedangkan hakikatnya tiada apa program yang boleh memberikan anda kekayaan di dalam sekelip mata.

Niat saya sangat mudah iaitu membimbing dan membantu anda dengan cara menyalurkan kepada anda ilmu-ilmu dan panduan yang betul bagaimana untuk meraih pendapatan atau duit melalui internet.

Sebenarnya bukan mudah untuk anda menghasilkan duit atau pendapatan melalui internet jika anda tidak mempunyai ilmu dan panduan yang betul dan tepat.

Tiada sejarah yang boleh membuktikan jika anda tidak mempunyai ilmu yang secukupnya anda mampu meraih kekayaan di dalam masa yang singkat, tiada sejarah membuktikannya.

Semua kejayaan wajib bermula dari bawah.

p/s - Modul pakej bimbingan ini berkonsep ‘Langkah Demi Langkah’. Ini bermakna setiap teknik akan di ajar secara praktikal satu persatu

Pakej Bimbingan Bersama Lisa - Sekilas Pandang

October 20, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Pakej bimbingan ini saya mulakan pada bulan Julai 2007. Setakat hari ini iaitu hampir  15 bulan ianya dilancarkan, lebih dari 1000 orang telah membeli pakej saya ini dan ramai di antara mereka yang mendapatkan bimbingan secara peribadi daripada saya melalui Yahoo Messenger.

Tujuan saya mencipta pakej bimbingan ini ialah untuk mendidik terutamanya para ‘newbies’ atau mereka-mereka yang masih baru di dalam bidang ini untuk mempelajari ilmu dan panduan sebenar bagaimana menjadi seorang affiliate.

Sejarahnya bermula apabila saya diminta oleh seorang rakan baik saya iaitu Kak Mala untuk mengajar beliau ilmu bagaimana saya mencari pendapatan tetap melalui internet.

Bermula dari Kak Mala pakej saya berkembang melalui mulut ke mulut. Mereka-mereka yang mendapat manfaat dari ilmu yang saya ajarkan akan ‘rekemen’ kepada rakan-rakan yang lain.

Malah yang lebih menarik ada di antara ‘anak-anak murid’ saya ini dengan rela hati menyediakan website untuk mempromosikan pakej saya ini.

Pakej saya ini fokus kepada ilmu dan cara-cara bagaimana menjadi seorang affiliate di Commission Junction. Ianya bukan program ‘cepat kaya’ seperti yang bersepah-sepah di internet sekarang.

Saya TIDAK sama sekali menjanjikan orang kekayaan segera. Tiada jalan pintas untuk itu.

Saya hanya menyalurkan ilmu dan panduan bagaimana untuk melaksanakannya. Kaya atau tidak, berjaya atau tidak semuanya bergantung kepada diri masing-masing, samada anda malas atau rajin.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini anda boleh layari laman web saya iaitu http://info.kit4u.net. Semua maklumat lengkap disediakan di sana.