Apa Itu Affiliate dan Commission Junction

October 31, 2008 by lisahilmi  
Filed under Pakej Bimbingan Saya

Ramai yang melawat laman web Pakej Bimbingan saya dan ramai juga yang masih tidak mengenali apa itu AFFILIATE dan siapa pula COMMISSION JUNCTION (CJ.com).

Affiliate bermaksud AGEN (ejen).

Anda menjadi agen kepada sesebuah syarikat pengeluar produk dan mempromosikan produk mereka.

Tujuannya ialah untuk anda mendapatkan komisen di atas setiap jualan yang terhasil.

Contoh, syarikat HostGator menawarkan perkhidmatan webhosting kepada orang ramai. Tugas anda sebagai affiliate kepada sykt HostGator ialah mempromosikan produk webhosting HostGator kepada orang ramai. Jika ada jualan terhasil dari kempen promosi anda maka sykt HostGator akan membayar anda sejumlah komisen mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Jika di luar kerja -kerja affiliate ini sama dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh ejen-ejen insurans,ejen jual kereta, ejen jual rumah dan sebagainya. Bezanya di internet anda tidak perlu berjumpa sesiapa. Merayu sesiapa. Menelefon sesiapa. Kerja anda hanyalah mengadap depan komputer dan menjalankan kempen promosi.

Siapa pula COMMISSION JUNCTION atau lebih dikenali sebagai CJ.com?

CJ.com merupakan pengurus affiliate.

Tugas CJ.com ialah sebagai orang tengah di antara anda (affiliate) dengan syarikat-syarikat pengeluar produk.

Syarikat-syarikat pengeluar produk akan sertai CJ.com dan menawarkan produk-produk mereka di sana manakala anda sebagai affiliate akan menyertai CJ.com dan diberi akses untuk memilih produk-produk yang ditawarkan di sana.

Tujuan CJ.com sebagai pengurus affiliate ialah untuk memudahkan kerja-kerja anda.

Anda tidak perlu lagi mencari-cari di internet produk-produk affiliate untuk anda promosikan. Anda tidak perlu melawat setiap laman web produk dan melihat samada mereka menawarkan program affiliate.

Anda hanya perlu sertai CJ.com dan kemudiannya memilih terus dari sana produk-produk affiliate yang anda minat untuk dipromosikan.

CJ.com juga menyediakan akaun yang lengkap untuk anda. Setiap aktiviti yang anda lakukan akan direkodkan di dalam akaun anda.

Kelebihan CJ.com juga ialah mereka akan mengumpul komisen yang anda terima dari pelbagai syarikat yang anda promosikan dan membayar kepada anda melalui Cek sebulan sekali. Ini bermakna kerja-kerja anda menjadi sangat mudah kerana pihak CJ.com akan menguruskan akaun affiliate anda sebaiknya.

Oleh itu anda Cuma perlu berikan tumpuan kepada kerja-kerja promosi anda sahaja dan hal-hal lain anda serahkan kepada pihak CJ.com untuk menguruskannya.

Pihak CJ.com tidak mengenakan apa-apa bayaran pendaftaran kepada anda untuk menjadi ahli mereka, ianya percuma.

Kesimpulan, Affiliate bermakna Agen (ejen) manakala CJ.com pula ialah pengurus affiliate yang menyediakan anda pelbagai kemudahan dan keselesaan untuk anda jalankan kerja-kerja anda.