Di mana saya sekarang?
March 21, 2009 by lisahilmi
Filed under Info Terkini
Salam ceria buat semua,
Saya kerap menerima email pertanyaan sebegini….”Kak Lisa..kenapa tak update blog…ke mana menghilang?”
Sebenarnya bermula dari pertengahan bulan Februari jadual kerja saya terlalu (extreme) padat dan 90% dari masa tersebut saya habiskan di luar negeri iaitu di Jakarta dan sekarang di Manila pula.
Ini disebabkan saya sibuk menguruskan satu projek mega yang nilainya mencecah 7 angka.
Jika ada yang bertanya…”projek apa tu?”….maka jawapan saya….”biarlah rahsia….”
Namun begitu saya tetap cuba meluangkan masa 2-3 jam sehari untuk berYM dengan pembeli2 pakej bimbingan Youtube saya.
Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah satu renungan motivasi.
Pada tahun 2002 saya cuma seorang surirumah dan bekas seorang kerani sykt. guaman tetapi dengan semangat yang kental dan usaha tanpa henti menimba ilmu bidang IM ini dan sekarang pada tahun 2009 dengan keizinan yang Maha Kaya hampir semua impan saya sudah terlaksana.
Limpahan rezeki yang saya terima sekarang 100% bermula dari penglibatan saya di dunia perniagaan internet (online) dan dari situ saya kembangkan ke pelbagai perniagaan offline yang lain.
Saya cuma seorang lepasan SPM pangkat 2 sahaja dan jika saya berjaya melangkah sehingga ke tahap ini, mengapa tidak anda?
Bukan segulung ijazah mejadi penentu masa depan anda tetapi semangat,sikap & keyakinan diri beserta keberkatan dari Yang Maha Agung adalah penentu sebenar hala tuju hidup anda.
Tahukah anda terdapat ramai billionair dunia yang tidak pernah bersekolah?
Renungkanlah….
Seperti biasa saya hidangkan satu video muzik untuk merangsangkan minda anda…
Kejayaan Surirumah RM7000 & Remaja RM14000
February 27, 2009 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Salam ceria semua,
Akhirnya dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog ini.
Pada 24hb Februari 2009 yang lepas maka genaplah usia 3 bulan Pakej Video Youtube saya dilancarkan.
Walaupun usianya terlalu muda baru setahun jagung tetapi teknik yang diajar di dalam Pakej Video Youtube saya telah berjaya menghasilkan fenomena luar biasa.
Seorang surirumah telah berjaya menghasilkan pendapatan RM7000+ dalam masa 2 bulan.
Seorang remaja berusia 19 tahun pula telah berjaya menghasilkan pendapatan RM14,000+ dalam masa 2 bulan!!!!
Malah beratus-ratus pembeli Pakej ini juga telah berjaya menghasilkan pendapatan yang memberangsangkan melalui teknik yang diajar.
Apa kata kita baca testimoni dari kedua-dua mereka sekarang.
Asmawati merupakan seorang surirumah dan pemilik blog http://asmawati.com
“…Saya memang sangat berterima kasih kepada Kak Lisa sebab sudi berkongsi teknik video marketing ni. Sebelum ni saya pernah juga mempelajari tentang teknik ini, tetapi agak sukar untukdiaplikasikan sebab mengambil masa yang agak lama.
Selepas mencuba teknik ini, pada mulanya agak kecewa sebab tiada sebarang sales. Tetapi atas nasihat dan tunjuk ajar Kak Lisa, saya tingkatkan lagi usaha.
Alhamdulillah, jualan pertama saya terhasil selepas seminggu. Dan ia terus meningkatkansemangat saya untuk melipat-gandakan usaha.
Ini adalah screenshot cek pertama yang saya terima dari Clickbank.
Dan ini pula screenshot untuk jumlah keseluruhan jualan produk Clickbank yang saya berjaya lakukan selepas 2 bulan mengaplikasikan teknik ini berjumlah USD$2,164.99 = RM7,577.47
Bagi saya, teknik ini memang mudah untuk diaplikasikan untuk apa jua produk affiliate yang ingin kita pasarkan. Apa yang penting, mereka yang telah membeli teknik ini kena FOKUS dan konsisten kepada usaha mereka selain benar-benar mengikuti apa yang diajarkan.
Teknik ini tak menjanjikan anda menjadi jutawan dengan sekelip mata, tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda boleh menjana pendapatan lumayan dengannya.
Dan lagi satu, khidmat YM yang diberikan oleh Kak Lisa benar sangat-sangat membantu saya dalam memahami lebih banyak perkara tentang perniagaan internet. Tak ramai IM yang sudi membuat perkongsian seperti ini.
Pembeli pakej juga akan dapat pelbagai maklumat terkini dari masa ke semasa. Apa yang pasti, beliau sedaya mungkin ingin anda berjaya!
Teknik ini memang berkesan (jika diusahakan dengan betul).
Salam sukses!
Asmawati
http://asmawati.com
Berumur 19 tahun, beliau hanya mahu dikenali sebagai Adik Z dan ia merupakan syarat utama beliau yang tidak mahu identiti sebenar didedahkan untuk melindungi kebebasan privasi beliau dan menurut beliau..cukuplah sekeping foto mewakili beliau.
salam sejahtera
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada P.lisa & En Hilmi kerana mengeluarkan produk yang amat-amat bermutu sekali iaitu pakej video youtube dan berani saya katakan ini adalah produk yang dijamin 500% berkesan!!
cerita yang ingin saya kongsi:
Hati saya tergerak untuk membeli pakej ini apabila melihat bukti salah seorang pembeli pakej ini berjaya mendapat jualan dari clickbank sehingga mencecah $100++ setiap hari. Jika beliau boleh kenapa saya tak boleh & tanpa berfikir panjang saya terus menyambar pakej ini lalu pada malam harinya saya mula melakukan apa yang disuruh dalam video tutorial tersebut dengan penuh FOKUS!.
Apabila saya bangun pagi pada keesokkan harinya, wallaa!! 2 sale masuk!! jumlah keseluruhan pada waktu itu ialah $39 dan semuanya terjadi secara autopilot!! Pada waktu yang sama kira-kira 10 minit kemudian saya telah menekan butang refresh dan saya
dapati ada lagi jualan baru yang masuk! saya amat-amat gembira kerana berjaya mendapat $72 kurang dari 12 jam selepas saya menggunakan teknik yang diajar dalam pakej tersebut.
Pada hari-hari berikutnya saya berjaya mendapat jualan sebanyak $30-$170 setiap hari! anda boleh semak sendiri bukti pendapatan melalui sreenshot yang saya berikan. Minggu pertama sahaja saya telah berjaya mendapat $800++
Rahsianya disini ialah FOKUS PADA STRATEGI BUKAN FOKUS PADA DUIT!
lakukan semuanya dengan IKHLAS , TELITI & BERSUNGGUH-SUNGGUH Alhamdulillah..Kini saya telah menerima cek saya yang kedua berjumlah $870 manakala cek yang bakal saya terima lagi berjumlah $900++
Jumlah yang saya dapat mungkin tak sebanyak otai-otai lain namun sebagai seorang newbie yang baru 3 bulan setengah tahu mengenai panjanaan wang secara online, $100 (RM300++) sehari & $800 seminggu SECARA AUTOPILOT mmg sesuatu yang sungguh mengejutkan saya!!
Jika saya seorang newbie mampu lakukannya anda juga PASTI BOLEH!!
Ternyata pakej ini mmg terhebat yang pernah saya dapatkan ditambah lagi dengan bantuan support secara live melalui YM
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat P.lisa Hilmi kerana telah mengubah angan-angan saya menjadi kenyataan.. hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa anda.
*Bagi anda yang telah mendapatkan pakej ini tetapi belum mendapat sebarang hasil lagi, ini adalah kerana sifat anda yang kurang teliti dan sentiasa berfikir mengenai duit. Elakkan sifat ini dan lakukan semuanya dengan penuh fokus & ikhlas.InsyaALLAH apa yang anda inginkan PASTI AKAN DAPAT!
*Bagi anda pula yang tidak berjaya dengan clickbank, rezeki anda mungkin di cj, cpa atau program affiliate yang lain.
sekian,,
yang benar,
Adik Z
Di bawah merupakan screenshot terkini dua(2) penyata akaun Clickbank beliau. Akaun 1 = USD$1313.82 dan Akaun 2 = USD$2534.43. Bermakna jumlah keseluruhan = USD$3848.25 dan jika ditukar ke RM bersamaan = RM14,261.19 !!!!!!!!!!!!
.
Apakah sebenarnya yang anda dapat dari membaca kedua-dua testimoni di atas?
Adakah ia dapat memberikan dorongan dan keyakinan untuk anda juga mencapainya?
Sesiapa sahaja boleh berjaya di dunia kecuali jika mereka memilih untuk ‘gagal’…renungkanlah..
Bagi yang belum mendapatkan Pakej Video Youtube, usah bertangguh lagi, KLIK SINI untuk mendapatkannya hari ini juga.
.
Seperti biasa saya hidangkan video muzik untuk merangsangkan minda anda.
Duit pun ada perasaan juga
December 29, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Duit, duit, duit…lagi-lagi cerita duit. Anda pun mungkin dah jelak dengan cerita pasal duit.
Cerita,cerita,cerita tapi duitnya tak nampak.
Tapi…
Pernahkah anda terfikir kenapa lagi kita dok cerita…lagi kita dok fikir pasal duit ni…lagi lah duit tu tak datang datang?
Pernah tak anda lihat orang yang tak pernah cerita pasal duit yang biasanya hanya akan tersenyum sahaja bila orang lain dok bercerita pasal duit…tapi rupa-rupanya dia banyak duit?
Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda.
Saya sendiri tak tahu samada ini ialah petua atau tips atau amalan. Anda fikirlah sendiri.
Saya tak pernah fikir pasal duit.
Bukan nak tunjuk lagak tapi itulah kenyataannya.
Pada saya duit ni lagi kita kejar lagi lah dia jauh. Lagi kita dok fikir bagai nak rak pasal dia…lagi jauh lah dia lari.
Apa yang saya buat?
Mudah saja.
Saya nak duit, saya perlukan duit.
Tapi.
Saya tak fokuskan fikiran saya pada duit.
Saya fokus pada pada kerja saya, pada usaha saya.
Saya fokus pada strategi mencari duit.
Saya fokus pada perancangan dan pelaksanaan.
Itulah cara saya melakukannya.
Saya pernah berbual dengan beberapa orang pembeli pakej saya. Ada yang baru setengah jam jalankan kerja-kerja promosi dah semak akaun affiliate…’dah masuk ke belum duit ni…’.
Ada yang sampai tak boleh tidur, setiap sejam buka akaun affiliate nak tau duit dah masuk ke belum.
Jangan mendesak diri anda. Semakin anda desak semakin mudah anda kecewa.
Duit ibarat seorang wanita. Lagi anda kejar lagi jauh dia lari. Lagi anda desak lagi jauh dia pergi. Lagi anda paksa lagi hilang dia dari mata anda. Cuba anda jangan desak dia, maka dia akan mula menjeling dan tersenyum kepada anda. (teringat kembali nostalgia episod awal pertemuan saya dan suami tercinta)
Kesimpulannya, jangan terlalu berfikir pasal duit, fokus pada usaha anda, fokus pada strategi dan perancangan anda dan fokus pada pelaksanaannya.
Biarkan duit yang mengejar anda, bukan anda yang mengejar duit.
Renungkanlah.
Seperti biasa, saya menghidangkan video muzik untuk anda ‘boost’kan minda anda.
Jessica Cox Tiada Alasan
December 12, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria buat semua.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat.
Setelah bercuti selama 4 hari dan seperti biasa saya mula sibuk kembali dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan terutama menyiapkan sistem affiliate untuk Pakej Video saya, dijangkakan ia akan mula dibuka kepada umum pada minggu hadapan.
Seperti biasa juga saya membuka semula Bantuan Online menerusi YM untuk kesemua pembeli Pakej Bimbingan saya.
Baiklah.
Topik kali ini ialah ALASAN.
Bila bercakap tentang duit dan kaya semua orang akan ‘excited’.
Bila ditanya samada anda mahu kaya atau tidak, tiada siapa yang akan mengatakan tidak.
Tetapi.
Bila disuruh berusaha dan bekerja keras, pelbagai ALASAN akan mula kedengaran.
“ala kak…leceh lah nak buka akaun CJ ni…line internet saya slow sangat…”
“ala kak…saya tak pandai BI lah…takde ke cara yg senang…”
“ala kak…saya tak pandai lah buka akaun Gmail..akak tolong buka kan bole tak…”
Alahai.
1001 macam alasan.
Itu tak kena ini tak kena, ada sahaja yang tak kena.
Kebetulan hari ini saya terbaca satu artikel di Harian Metro yang membuatkan saya sangat teruja. Ianya mengenai Jessica Cox.
Baiklah, jom kita berkenalan dengan JESSICA COX.
Dia seorang gadis berumur 24 tahun.
Dilahirkan di Tucson, Arizona.
Dia boleh memandu kereta.
Dia boleh bersolek dan menjadi semakin jelita selepas itu.
Dia ada talipinggang hitam Taekwondo.
Dia pandai berenang.
Dia pandai menari.
Dia boleh shampoo rambutnya sendiri.
Dia juga ada lesen penerbangan memandu pesawat persendirian.
Dan.
Yang paling penting.
Jessica Cox.
TIDAK ADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN!!!!!
Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak berusaha dan berjaya menjadi seorang wanita yang hebat.
Dengan menggunakan kedua belah kakinya dia juga mampu mengendalikan pesawat penerbangan persendirian.
Boleh kah anda lakukannya?
Apakah ALASAN anda kali ini pula?
Seperti biasa saya bawakan kepada anda muzik video untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
Conference Pertama 2 Disember 2008
December 4, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Pada 2 Disember 2008 satu perbincangan secara berkumpulan menerusi Yahoo Messenger (conference) telah berjaya di adakan.
Ini merupakan conference pertama selepas seminggu produk Pakej Video saya dilancarkan.
Tujuan conference ini ialah untuk para pembeli berkumpul (yang terpilih) dan membincangkan apa sahaja permasalahan mereka semasa mempelajari Pakej Video ini.
Saya juga akan memberikan beberapa tips & teknik untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran.
Conference ini adalah berdasarkan jemputan. Mereka yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri conference. Ini disebabkan saya hanya menghadkan penyertaan kepada 15 orang sahaja sesuatu masa untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal seperti YM ‘hang’ atau ‘freeze’.
Di bawah ialah ‘screenshot’ bagaimana sesuatu conference dijalankan.
Sekalung tahniah buat Asmawati kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’. Semoga terus berjaya.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat Herier Wikimi kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’ juga dan saya memilih untuk menyiarkan kisah beliau adalah kerana beliau merupakan orang pertama yang berjaya menghasilkan ‘ice breaker’ tertinggi iaitu USD$127 (RM431.80).
Tahniah sekali lagi untuk beliau. Ini merupakan cabaran untuk mereka-mereka yang lain.
Seperti biasa saya hidangkan kepada anda muzik video untuk memberikan ‘boost’ kepada minda anda.
DIA, Anda dan Niat
December 1, 2008 by lisahilmi
Filed under Cerita DUIT Internet
Salam Ceria semua.
Kesibukan membataskan waktu untuk saya menulis. Jadual harian terlalu padat apatah lagi semakin ramai ‘pelajar’ yang perlu saya bimbing.
Kali ini saya akan menulis mengenai mengenai hakikat sebenar punca kegagalan sesuatu perkara yang kita usahakan dan juga kesilapan pemikiran kita.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Fathi kerana telah berjaya melakukan ‘ice breaker’ pada 28.11.2008 (Jumaat) untuk projek video Youtube beliau. Beliau baru sahaja membeli dan mendapatkan bimbingan saya melalui Pakej Video saya.
Saya memilih untuk menyiarkan kisah beliau seperti apa yang anda baca di atas ialah kerana sebelum ini saya pernah secara berseloroh mengatakan yang beliau perlu ‘mandi bunga’ jika video beliau ditonton oleh berjuta orang tetapi gagal menghasilkan apa-apa pendapatan.
Alhamdulillah, baru beberapa klik yang beliau dapat ianya telah berjaya menghasilkan komisen pertama untuk beliau (tak perlulah mandi bunnga…lol!).
Video beliau baru sahaja ditonton beberapa ratus orang sahaja maka tidak mustahil apabila berjuta-juta penonton menonton video beliau maka pendapatan yang bakal beliau hasilkan Insya Allah akan berlipat ganda.
Baiklah,
Kembali kepada topik entri ini.
Semenjak Pakej Video saya dilancarkan saya menerima banyak pertanyaan melalui email & YM setiap hari.
Anatara soalan-soalan yang paling popular ialah :
“Kak Lisa…berapa ribu RM yang akan saya dapat kalau buat ikut teknik Kak Lisa ni?..”
“Kak Lisa…saya dah lama cuba cari duit tapi gagal…apa jaminan Kak Lisa yang saya boleh berjaya jika guna teknik Kak Lisa?…”
Sebenarnya, kedua-doa soalan di atas jika anda tanyakan kepada Irfan Khairi malah Bill Gates sekalipun mereka tidak akan mampu memberi jawapan yang tepat.
Ini kerana, jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah bergantung kepada DIA dan Anda.
DIA ialah Yang Maha Agung. DIA yang menentukan rezeki anda.
Anda pula selain daripada harus berusaha, anda wajib berkomunikasi dengan DIA. Anda harus selalu memohon agar apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan.
Siapa saya yang boleh memberi jaminan atas rezeki anda? Saya hanya manusia biasa. Tugas saya ialah membimbing dan membantu anda. Saya tidak boleh memberi jaminan apa-apa.
Jaminan ada pada anda. Jika anda rajin belajar dan praktikkan ilmu-ilmu diajar dan bertawakal kepada DIA maka tidak mustahil anda akan berjaya.
Jika anda malas baru buat kerja sedikit sudah merungut susah, bagaimana anda boleh berjaya?
Jaminan ada pada diri anda sendiri.
Sekarang saya kongsikan lagi satu topik iaitu NIAT.
Saya pernah berbual dengan ramai orang yang mengatakan mereka gagal memperolehi apa-apa kejayaan atau pendapatan melalui internet walaupun telah bertahun-tahun berusaha tetapi mengapa pula saya boleh berjaya.
Jawapan saya yang pertama ialah saya telah belajar dan berusaha selama hampir 6 tahun di dalam bidang ini. Itu salah satu faktor kejayaan saya.
Jawapan saya yang kedua pula, cuba anda renungkan kisah di bawah ini :
Suami saya pernah berborak di kedai mamak di Jalan Abdullah Tahir, JB pada satu malam dengan seorang kawan beliau yang aktif dalam MLM (direct selling).
Kawan beliau meluahkan perasaan kecewa beliau disebabkan hampir 3 tahun dia berkecimpung di dalam bidang MLM tapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan.
Beliau mempunyai isteri dan 4 anak.
Kehidupan keluarga beliau boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh isteri beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan. Ini disebabkan beliau masih gagal memperolehi pendapatan yang baik dari MLM, jika ada pun setakat beberapa ratus RM sahaja sebulan.
Beliau mengeluh dan mengeluh mengenangkan nasib malang beliau walaupun siang malam beliau berusaha untuk berjaya.
Jika anda yang tinggal di Johor Bahru anda pasti tahu yang Jalan Abdullah Tahir merupakan antara pusat hiburan malam di JB. Terdapat banyak karaoke,disko dan pub di jalan tersebut.
Semasa sedang berbual dengan suami saya, kawan suami saya sempat memerhatikan gelagat orang ramai disekeliling. Terdapat ramai orang terutama wanita yang mencari hiburan malam di kawasan itu.
Beliau berkata kepada suami saya,
“kau tengok amoi-amoi seksi tu Mie…kalau lah aku kaya nanti…tiap-tiap malam aku usung diorang ni pi disko…sekarang ni diorang tak heran kat aku sebab aku sengkek…kalau aku dah pakai BMW nanti…gerenti berbaris amoi-amoi ni nak ikut aku..” ujar beliau sambil ketawa.
Suami saya hanya tersenyum saja.
Baiklah, apa moral cerita di atas.
NIAT.
Niat ialah Doa kita kepada DIA.
Apa sahaja niat kita sebelum melakukan sesuatu adalah sangat penting sebelum ianya dimakbulkan oleh Yang Maha Agung.
Jika kita mempunyai tanggung jawab kepada keluarga tetapi kita mempunyai niat yang ‘melencong’ adakah usaha kita itu akan diberkati?
Jika kita mempunyai tanggung jawab ke atas ibubapa tetapi kita berniat untuk ‘berjoli sakan’ jika kita banyak duit, adakah usaha kita akan diberkati?
NIAT memainkan peranan sangat penting di dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.
Tidak mustahil jika anda berusaha keras siang malam 24 jam tetapi usaha anda gagal dan sia-sia jika apa yang anda usahakan itu tidak diberkati disebabkan NIAT ‘melencong’ yang telah anda tanamkan.
Saya sendiri mempunyai keluarga yang besar. Anak saya 6 orang. Saya ada ibu dan ibu mertua yang masih hidup. Setiap hari, apabila saya membuka komputer ini saya akan bertafakur sebentar.
Saya akan berkomunikasi dengan DIA iaitu Tuhan saya.
Saya katakan pada DIA agar DIA mempermudahkan kerja-kerja saya dan mempermudah rezeki saya kerana semua ini saya lakukan untuk keluarga saya. Saya ingin berikan segala kemudahan dan kesenangan untuk anak-anak saya. Saya ingin membalas semula kesusahan dan kepayahan ibu & mertua saya yang membesarkan saya & suami dengan memberikan mereka keselesaan dan kesenangan.
Itulah NIAT saya setiap hari sebelum saya memulakan kerja.
Alhamdulillah, selama 6 tahun ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi DIA telah membuka jalan untuk saya seluas-luasnya.
Renungkan lah.
Ubah semula niat anda jika sekiranya ianya telah jauh ‘melencong’.
Lakukan kerja-kerja anda dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Jiwai apa saja usaha yang anda lakukan. Tawakal kepada DIA.
Soalan Cepumas Yang Kerap Saya Terima
November 5, 2008 by lisahilmi
Filed under Pakej Bimbingan Saya
Saya kerap menerima soalan ‘cepumas’ ini dari sesetengah pembeli Pakej Bimbingan saya…‘Kak…saya tak cukup masa lah nak jalankan kerja-kerja promosi affiliate ni…saya sebok sangat…cuti hujung minggu pun sebok..bla..bla..bla…’
Istilah ‘tak cukup masa’ sebenarnya sudah menjadi satu istilah ‘trademark’ untuk kita memberikan alasan kepada diri kita sendiri di atas kegagalan atau kelemahan kita.
Mengapa saya begitu ‘daring’ memberikan kenyatan di atas?
Sebab saya pun manusia sama seperti anda (ikut tone iklan Mobil).
Disiplin.
Disiplin bagaimana mengoptimumkan penggunaan masa anda.
Katakan, selepas jam 9 malam adalah waktu yang paling sesuai untuk anda menjalankan kerja-kerja promosi. Untuk itu pastikan anda telah menyiapkan segala beban kerja yang lain terlebih dahulu.
Katakan anda boleh memperuntukkan 2 jam sahaja untuk berpromosi. 9 - 11 mlm.
9.00 - 9.30 (30 minit) - Lakukan promosi di …………….
9.30 - 9.40 (10 minit) - Rehatkan minda. Dengar lagu.
9.40 - 10.10 (30 minit) - Lakukan promosi di …………
10.10 - 10.20 (10 minit) - Rehatkan minda. Dengar lagu.
10.20 - 11.00 (40 minit) - Bina 1 lens dan submit Social Bookmark (sebagai contoh)
11.00 - Berhenti & Tidur
Jika anda lihat jadual di atas bermakna anda akan berjaya menjalankan 3 kerja promosi di dalam 1 hari.
Jika jadual di atas anda ikuti dengan penuh tumpuan maka di dalam masa sebulan anda akan berjaya menjalankan 90 kerja promosi.
Saya kerap menjalankan kaji siasat ke atas pembeli-pembeli pakej saya terhadap rutin jadual seharian mereka. Kebanyakan punca mengapa mereka mengatakan ‘tidak cukup masa’ ialah disebabkan tumpuan mereka yang ‘terganggu’.
Lihat contoh ini.
9.00 - 9.30 malam…melakukan kerja promosi…9.30…penat..rehat sekejap..layan video di YouTube.com…..11.00…alamak!!!…terbabas…sedar tak sedar dah menghabiskan masa 1 jam lebih di YouTube….esok aje lah sambung buat kerja…dah mengantuk….
Di atas adalah senario sebenarnya yang selalu terjadi. Anda tidak mempunyai disiplin di dalam mengatur masa anda. Jadi, adakah anda tidak mempunyai masa yang cukup atau anda terlebih masa sebenarnya?
Disiplin. Disiplin. Disiplin.
“Supercharge Minda Anda” dengan mendengar lagu ini - Total Eclipse of The Heart (Techno Remix). Saya kerapa mendengar lagu ini jika ingin memberikan ‘energy’ kepada minda saya. Enjoy! (terimakasih kepada sahabat IM saya Mr Roger a.k.a Pakar Clickbank kerana memberi idea posting 2in1 ini)




























