Nikmat Kejayaan

December 20, 2008 by lisahilmi  
Filed under Cerita DUIT Internet

Salam Ceria buat semua,

Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog kesayangan saya ini yang seperti telah di anak tirikan  kerana kesibukan saya yang ‘ekstrem’ sepanjang minggu ini.

Lagi 2 minggu penggal persekolahan 2009 akan bermula.

Tahun 2009, 5 orang anak saya akan memulakan persekolahan. 4 di sekolah rendah dan 1 di sekolah menengah.

Setiap seorang saya memperuntukkan RM400 untuk membeli pakaian,kelengkapan sekolah dan pelbagai yuran yang dikenakan (kalau baca senarai yuran pihak sekolah boleh kelabu biji mata).

Ini bermakna saya memperuntukkan RM2000 untuk memastikan kesemua anak-anak saya akan dapat memulakan persekolah dengan sempurna.

Sekiranya situasi ini berlaku pada tahun 2002, pasti saya sedang menangis sekarang.

Manakan tidak, ketika itu keadaan kewangan kami amat meruncing, di mana mahu cari RM2000 sedangkan RM200 pun pasti ‘pecah tabung’.

Tidak dapat saya gambarkan jika 5 anak saya mahu bersekolah pada ketika saya tidak mampu memberi kesempurnaan kepada mereka.

Syukur Alhamdulillah

Tidak sesia usaha & pengorbanan saya selama ini, selama 6 tahun ini berjuang dan terus berjuang di dalam dunia perniagaan internet.

Inilah nikmat sebenarnya.

Di saat-saat sebegini, disaat-saat saya wajib memberikan kesempurnaan kepada anak-anak saya , saya memiliki keupayaan untuk menyempurnakannya hasil dari rezki yang melimpah-limpah dari Yang Maha Pemurah.

Bagaimana jika 6 tahun dulu saya masih tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib kami sekeluarga. Pasti di saat-saat sebegini silap-silap en.Alalalalong akan menjadi ‘sahabat’ saya. RM2000 bukan jumlah yang kecil di waktu ekonomi yang tidak stabil.

Saya menyeru kepada anda, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.

Terutama untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak kecil, berusahalah mengubah nasib anda kepada yang lebih baik dan cemerlang, jangan sampai di saat anak-anak anda memerlukan kesempurnaan tetapi anda gagal memberikannya. Ia akan menghancurkan hati mereka. Renungkanlah.

**hari ini Mawi kahwin, gilang-gemilang. Agaknya jika dahulu dia tidak cuba mengubah nasib dengan menyertai AF3 tetapi terus menjadi DJ kompleks, adakah hari ini hari yang penuh gilang gemilang di dalam hidup beliau akan terjadi? atau mungkin hari ini beliau masih memutarkan CD di kompleks? Inilah dinamakan nikmat kejayaan.

Anda perlukan muzik untuk menghidupkan jiwa perjuangan di dalam diri anda? Hayatilah sentuhan violin Vanessa Mae - Art of War ini…hayati sambil memejamkan mata anda…

YouTube Preview Image