Tip bagaimana mempercepatkan proses menutup Windows (windows shutdown)
October 28, 2008 by lisahilmi
Filed under Pelbagai Tip
Jika komputer anda mengambil masa yang agak lama untuk ditutup, di sini ialah tip ubahsuai ke atas sistem registry anda yang boleh membantu mempercepatkan proses menutup komputer anda.
Klik butang START
Klik butang RUN
Taip ‘regedit’ di dalam kotak yang muncul
Kotak Registry Editor akan muncul
Klik HKEY_LOCAL_MACHINE
Klik SYSTEM
Klik CURRENT CONTROL SET
Klik CONTROL
Sekarang anda perhatikan kotak sebelah kanan dan klik kekunci “WaitToKillServiceTimeout”
Tukar nilai di dalam kotak tersebut kepada 200
Tutup Registry Editor tadi.
Restart semula komputer anda.
Selepas ini anda akan melihat masa untuk anda menutup komputer anda akan menjadi lebih singkat.
Selamat mencuba.








ok ke langkah tu? tak memudaratkan pc ker?
takde WaitToKillServiceTimeout
anybaody g dah try?
jika guna Windows XP pasti akan jumpa. Windows versi lain saya tak tahu pula
aq dh try winxp pro sp2, boleh…
salam puan lisa..
sy terbaca artikel dari malaysiakini.com mengenai produk puan…
hampir tidak memahami secara sepenuhnya ( tp sy tahu ianya bole buat duit)
bole puan jelaskan serba ringkas mengenainya? kerana sy memamng berminat.
Tq.
lepas buat ni laptop kena shutdown 2 kali la. kenapa ya kak..Saya salah setting ke?
kalau x jumpa WaitToKillServiceTimeout bg pengguna WIndows Xp….klik foler CONTROl tu then guna butang find letak keyword WaitToKillServiceTimeout…mesti jumpa. Gerenti